• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancong Datang Bukan Mahu Pesta Arak – MATTA

oleh
20/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembatalan pesta arak terbesar ‘Better Beer Festival 2017’ yang awalnya dirancang di sebuah pusat beli-belah terkenal ibu kota selama dua hari pada bulan depan sama sekali tidak akan memberi kesan kepada industri pelancongan.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Persatuan Agen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) sekali gus menolak tohmahan buruk sekumpulan Ahli Parlimen DAP dan PKR bukan Muslim baru-baru ini konon pembatalan acara itu bakal menjejaskan sektor pelancongan tempatan.

Badan kebangsaan tersebut yang mewakili lebih 3,100 anggota di seluruh negara turut menolak sebarang impak negatif yang dikatakan akan timbul daripada langkah tegas penolakan kelulusan pesta arak berprestij tersebut oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Isnin lalu.

Presiden MATTA, Tan Kok Liang yang dipetik beberapa portal berita tempatan malah menegaskan: “Pelancong asing sanggup datang untuk melawat Kuala Lumpur bukan untuk berpesta arak” sebaliknya mahu menikmati keunikan panorama indah dan warisan kebudayaan masyarakat setempat.

Untuk rekod, acara tahunan itu diadakan bersempena dengan sambutan Hari Bir Antarabangsa pada bulan lalu yang dirayakan di 207 buah bandar raya di 50 buah negara tetapi diharamkan di kebanyakan negara Islam kerana dibimbangi membawa pelbagai kesan negatif kepada masyarakat.

Beberapa hari lepas dalam satu kenyataan bersama, Tan Kok Wai, Fong Kui Lun, Teresa Kok, Datuk Dr. Tan Kee Keong dan Lim Lip Eng menyatakan kekesalan apabila DBKL tidak meluluskan ‘Better Beer Festival 2017’ sehinggakan badan penguat kuasa tersebut dilabelkan sebagai jaguh agama.

Kumpulan itu juga mahu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz supaya segara campur tangan kerana anggap ia bakal menjejaskan industri pelancongan Malaysia dan kononnya ramai pelancong asing akan berasa takut untuk datang melawat ke negara ini.

Ini kerana pengharaman pesta arak sedemikian konon boleh “dianggap sama dengan rejim yang tidak membenarkan kebebasan”. Kenyataan biadab mereka itu namun dibantah keras oleh PAS sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam di Malaysia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: arakMATTA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

SPRM Serah Notis Kepada Anak Tun M Isytihar Aset

Ikrar Bawa Tanglung Rupanya Seludup Rokok, Arak Bernilai RM9 Juta

18/01/2024
0

Pelabuhan Klang: Ikrar bawa masuk tanglung, baju, kotak dan perabot namun tindakan sindiket penyeludupan rokok dan arak cuba mengaburi mata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd