• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaksanaan Cukai Pelancongan Berjalan Lancar

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pelaksanaan cukai pelancongan mulai 1 Sept berjalan lancar dan baik setakat ini, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Namun pihak kementerian belum menerima maklum balas sepenuhnya,” katanya ketika ditanya perkembangan pelaksanaan cukai pelancongan yang dijangka dapat mengutip RM210 juta hasil pendapatan setiap tahun.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini bagi mengumumkan pencalonan Anugerah Pelancongan Malaysia (APM) 2016/2017, Mohamed Nazri berkata soal pelancong enggan membayar cukai pelancongan juga tidak berbangkit kerana ia merupakan norma di negara lain.

Katanya pelancong ke negara ini dikenakan cukai pelancongan pada kadar RM10 bagi setiap bilik untuk setiap malam apabila menginap di premis penginapan termasuk hotel, rumah tumpangan, rumah rehat dan rumah penginapan kerana ia telah dimasukkan dalam sistem daftar masuk.

Di Myanmar sebagai contoh, katanya, pelancong asing dikenakan kadar cukai pelancongan yang berbeza berbanding warga tempatan.

“Kita perlu faham membayar cukai pelancongan adalah satu norma di negara-negara lain. Jadi tidak menjadi isu di sini,” katanya ketika ditanya terdapat aduan bahawa pengusaha hotel bajet terpaksa menanggung cukai pelancongan kerana pelancong enggan membayar.

Mohamed Nazri dalam pada itu mempelawa penggiat industri pelancongan Malaysia dan antarabangsa untuk menghantar pencalonan bagi 14 kategori yang dipertandingkan dalam APM 2016/2017.

APM, yang dianjurkan dua tahun sekali, bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada penggiat industri pelancongan dalam dan luar negara atas kecemerlangan membangunkan produk dan perkhidmatan yang inovatif, katanya.

Bagi edisi kali ini, dua kategori baharu diperkenalkan iaitu Pusat Hiburan Terbaik dan Syarikat Penerbangan Terbaik manakala kategori Dokumentari Pelancongan Terbaik Mengenai Malaysia diberi nafas baharu sebagai “Dokumentari Pelancongan dan Iklan Televisyen Terbaik Mengenai Malaysia”, katanya.

Borang rasmi APM boleh didapati dari pejabat-pejabat Tourism Malaysia dan 22 Pusat Penerangan Pelancongan di seluruh negara dan selain itu borang boleh dimuat turun daripada laman web rasmi www.tourism.gov.my dan www.motac.gov.my serta ia boleh diemelkan kepada [email protected] – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Salahkan SPRM Dengan Penahanan Pemimpin UMNO

22/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak wajar dipersalahkan dalam siri siasatan dan penahanan pemimpin UMNO sejak kebelakangan...

Saya Tegar UMNO, Tidak Tinggalkan Parti

19/09/2018
0

IPOH - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan, beliau merupakan ahli UMNO yang tegar dan menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd