• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tahfiz Ditemukan Lemas Di Sungai Perak

oleh AK-47
07/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Mayat pelajar Maahad Tahfiz yang lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Perak ketika memancing semalam ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar Zaiful Effendi Ahmad berkata mayat, Nik Aiman Nik Abdul Malik, 13, terapung kira-kira 2.20 petang tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat.

“Dua anggota bomba menyedari mayat mangsa timbul dan terapung sebelum membawanya ke tebing dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Aiman merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Masjid Lama Lambor Kanan dikatakan memancing bersama seorang rakannya di belakang pusat pengajian tersebut sebelum tergelincir dan dibawa arus sungai, kira-kira 9.45 pagi semalam.

Sementara itu, ayah mangsa Nik Abd Malek Nik Hussein, 42, berkata anaknya seorang yang baik, taat dan hanya duduk di rumah menghafaz al-Quran ketika balik bercuti.

Nik Abd Malek berkata dia agak terkejut apabila dimaklumkan anak ketiga daripada lima beradik itu lemas semasa memancing.

“Saya menerima panggilan kira-kira 11 pagi semalam mengatakan anak saya tergelincir ke dalam sungai ketika memancing, dan saya amat terkejut kerana setahu saya Aiman memang tidak pernah memancing.

“Aiman juga bukannya seorang yang suka keluar secara sesuka hati. Bagaimanapun, saya sekeluarga reda dengan kejadian ini dan bersedia menghadapi segala kemungkinan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Nik Abd Malek berkata kali terakhir dia berjumpa anaknya pada Selasa lalu selepas menghantar semula anaknya itu ke pusat pengajian tersebut selepas beraya di Ipoh.

Rakan mangsa Mohamad Azrul Mohd Noor, 18, berkata ketika kejadian berlaku, dia yang berada di Maahad tersebut bergegas ke sungai berkenaan selepas dipanggil rakannya untuk menyelamatkan mangsa.

“Saya nampak Aiman tenggelam timbul dan tanpa fikir panjang saya terus terjun untuk menyelamatkan dia.

“Saya cuba pegang Aiman untuk dibawa ke darat tapi terlepas dan dia cuba merangkul belakang saya hingga saya juga hampir lemas, namun dia terlepas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pelajar Maahad Tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

96 Pelajar Di Al-Azhar, Mesir Mula Masuk Kelas

23/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Seramai 96 pelajar jurusan Qiraat di Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar, Mesir telah mula memasuki kelas masing-masing selepas...

Pelajar Tahfiz Terima Anugerah Pingat Hang Tuah

02/10/2017
0

BANGI – Seorang pelajar Maahad Tahfiz yang berjaya menyelamatkan rakannya dalam kebakaran di sekolahnya di Baling, Kedah Ogos lalu, hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd