• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Diarah Sekat Pesta Arak – Ahmad Zahid

oleh AK-47
26/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipertanggungjawabkan untuk bertindak menyekat penganjuran pesta arak, Better Beer Festival 2017 yang dirancang diadakan pada hujung bulan ini, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Itu polis punya kuasa, saya sudah arah halangnya,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja tiga hari beliau di China, di sini, hari ini ketika diminta mengulas perkembangan isu pesta arak itu.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Duta Besar Malaysia di China, Datuk Zainuddin Yahya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini menegaskan pendirian kerajaan negeri untuk membenarkan penganjuran pesta arak itu dengan syarat peraturan dan undang-undang pihak berkuasa tempatan dipatuhi penganjur.

Pada 18 September lepas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan permit bagi penganjuran pesta arak itu di ibu negara.

Mengulas lanjut, Muhamad Fuzi berkata PDRM akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi terhadap penganjuran pesta arak itu atas faktor kepentingan keselamatan umum.

Malah beliau mengesahkan polis mendapat maklumat terdapat pergerakan pihak luar yang merancang untuk melancarkan serangan ke atas pesta arak itu.

“Kami tidak akan kompromi kerana ancaman itu adalah benar,” katanya sambil menambah terdapat 26 badan bukan kerajaan telah menghantar bantahan kepada Sultan Selangor berkaitan pesta itu. — BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidipesta arak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Afdlin Kini Bergelar Datuk, Aliff Syukri Datuk Seri

Next Post

Penunggang Maut Motosikal Lawan Arus Langgar Kereta

Related Posts

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

08/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan isu permohonan maaf daripada DAP kepada UMNO seperti yang dibangkitkan Ketua...

Next Post

Penunggang Maut Motosikal Lawan Arus Langgar Kereta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd