• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Para KL2017: Emas Tunggal Morogen-Nor Sa’adah

oleh AK-47
22/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kem memanah negara di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) akhirnya boleh menarik nafas lega selepas berjaya mengutip satu pingat emas menerusi gandingan K Morogen-Nor Sa’adah Abdul Wahab yang beraksi cemerlang dalam kategori compound berpasukan campuran pada hari terakhir acara itu, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di padang sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), gandingan negara mempamerkan aksi terbaik sejak di peringkat separuh akhir apabila menundukkan pasangan Singapura, Nur Syahida Alim-Robert Fuchs dengan kemenangan 147-143 mata.

Kecemerlangan gandingan ’emas’ negara itu diteruskan ketika turun berdepan pasangan Indonesia, Toto Wastomi-Tutik Yumiati di final.

Ternyata kehebatan Morogen-Nor Sa’adah sukar ditanding dan ia dibuktikan apabila mereka berjaya mengumpul 138 mata berbanding pihak lawan yang hanya sekadar mampu mengutip 117 mata keseluruhan untuk meraih pingat perak.

Pingat gangsa bagi acara itu menjadi milik pasangan Singapura, Nur Syahida/Robert yang menewaskan gandingan Thailand Aungaphinan Anon-Panmai Ratchanee dengan keputusan 142-126.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Morogen berkata dengan kejayaan bermakna ini dia akhirnya boleh tidur lena selepas kecewa apabila gagal menghadiahkan emas dalam kategori compound individu terbuka lelaki semalam.

Katanya, kejayaan merangkul kilauan emas sulung pada penampilan pertamanya di pentas Para KL2017 adalah antara detik paling indah sepanjang hidupnya.

“Hati dan perasaan saya sangat gembira kerana semalaman saya tidak dapat tidur dengan lena apabila mengenangkan kesilapan yang saya buat sehingga menutup peluang saya meraih emas semalam.

“Saya tebus balik dengan meraih pingat emas hari ini dan ia ditujukan kepada keluarga serta penyokong tanda maaf saya,” katanya.

Sementara itu, berkongsi kegembiraan yang sama adalah Nur Sa’adah yang menyifatkan prestasinya hari ini jauh lebih baik, selain perasaannya lebih tenang serta berkeyakinan untuk membuat panahan tepat berbanding sewaktu tewas dalam aksi final compound individu terbuka wanita semalam.

Katanya, faktor cuaca panas dan kering juga amat membantunya untuk menyesuaikan diri sebelum memulakan panahan.

“Syukur Alhamdulillah sebab dapat juga saya tebus pingat emas ini dan jurulatih pun banyak membantu saya melupakan kekecewaan semalam. Hari ini saya turun dengan fikiran yang lapang dan tidak merasa sebarang tekanan.

“Terus terang saya cakap, saya lagi suka cuaca panas daripada redup sebab ia akan membantu saya ‘cepat panas’ sekali gus ia merangsang otot saya untuk lebih bersedia sebelum beraksi,” katanya.

Bagaimanapun, satu lagi pasangan negara dalam kategori recurve berpasukan campuran, L Ananthy-Hasihin Sanawi sekadar meraih gangsa selepas mengalahkan gandingan Filipina 5-4 pada aksi penentuan pingat gangsa.

Pingat emas acara itu dirangkul pasangan Thailand, Khuthawisap Wasana-Netsiri Hanreuchai selepas mencatat kemenangan 5-1 ke atas Muhammad Nurhadi-Vironika Ninik Umardyani dari Indonesia yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Secara keseluruhan, kem memanah para negara berjaya mengumpul satu pingat emas, dua perak dan dua gangsa (1-2-2) sepanjang temasya dwi tahunan itu berlangsung sekali gus memperbaiki rekod pada edisi 2015 di Singapura (1-2-1). – Bernama

*Video sekadar hiasan…

Tags: emasPara KL2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lesen Khas Mendulang Emas Buat Rakyat Kelantan

Lesen Khas Mendulang Emas Buat Rakyat Kelantan

10/11/2025
0

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan membenarkan rakyat negeri ini untuk mengusahakan perlombongan emas secara sah melalui kaedah mendulang. Timbalan Menteri...

Harga Emas Dijangka Naik 10 Peratus Menjelang Oktober

Harga Emas Dijangka Naik 10 Peratus Menjelang Oktober

08/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Harga emas diunjurkan terus naik sebanyak 10 peratus lagi pada September daripada paras semasa didorong oleh jangkaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd