• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Para 2017 Petanda Positif Hadapi Para Asia 2018

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia menutup kempen acara olahraga Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (APG 2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam dengan kejayaan cemerlang setelah muncul naib juara dengan kutipan 36 pingat emas, 27 perak dan 30 gangsa.

Indonesia muncul kuasa baharu acara olahraga APG 2017 dengan kutipan 40 emas, 28 perak dan 17 gangsa manakala juara bertahan, Thailand gagal mengekalkan penguasaan mereka pada dua tahun lalu selepas sekadar mengutip 26 emas, 33 perak dan 31 gangsa.

Walaupun gagal mencapai sasaran 40 pingat emas, pencapaian tersebut jelas mengatasi kedudukan di Singapura pada 2015 yang menyaksikan skuad negara berada di tangga ketiga keseluruhan menerusi kutipan 27 emas, 18 perak dan lapan gangsa di belakang Thailand dan Indonesia.

Ketua jurulatih skuad olahraga para negara, R Jeganathan yang ditemui selepas berakhirnya acara olahraga menyifatkan keputusan pada tahun ini adalah yang terbaik dalam mempersiapkan atlet negara bagi menghadapi Sukan Para Asia 2018 di Indonesia yang menjanjikan saingan lebih sengit.

Beliau pada masa sama, memberi bayangan kebangkitan Indonesia selaku kuasa baharu sukan olahraga para di rantau ASEAN perlu diberi perhatian khusus oleh barisan atlet negara kerana negara berkenaan sedang dalam rangka persiapan khusus bagi menghadapi Sukan Para Asia di laman sendiri pada tahun depan.

ATLET Malaysia, Muhamad Ashraf (depan) cemerlang apabila melakar rekod baharu kejohanan dengan catatan masa 4 minit 24.73 saat dalam acara 1,500 meter lelaki T46. – FotoMohamad Shahril Badri Saali

“Saya berbangga kerana kami berjaya mengatasi pencapaian di Singapura tapi saya akui kami kena bekerja keras lagi dan saya amat gembira kerana kebanyakan atlet memperbaharui rekod peribadi terbaik masing-masing pada temasya kali ini.

“Saya yakin sekiranya lebih ramai atlet kita mampu mengulangi aksi cemerlang sebagaimana yang dipamerkan pada temasya kali ini, tidak mustahil mereka layak beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pada masa akan datang,” jelas Jeganathan.

Dalam pada itu, Jeganathan mengakui lebih ramai bakat-bakat baharu perlu diketengahkan dalam memastikan skuad negara tidak ketandusan pelapis berkaliber yang akan menggantikan atlet elit negara yang akan bersara suatu hari nanti.

Skuad olahraga para negara diberi cuti rehat selama dua minggu sebelum kembali menyambung latihan intensif bagi menghadapi Sukan Para Asia 2018.

Kesimpulannya, pencapaian skuad negara pada APG 2017 seharusnya dipuji memandangkan mereka adalah penyumbang pingat terbesar negara berbanding beberapa sukan lain terutamanya powerlifting dan bola sepak lima sebelah yang mempamerkan aksi mengecewakan setelah gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun lepas.

Lebih membanggakan, dua rekod Sukan Para ASEAN berjaya dipecahkan dua atlet kebangsaan iaitu Muhamad Ashraf Muhammad Haisham dan juara dunia, Muhammad Ziyad Zolkefli, masing-masing dalam acara 1,500 meter lelaki T46 (kecacatan anggota) dan lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran).

Muhamad Ashraf melakar rekod baharu kejohanan dengan catatan masa 4 minit 24.73 saat, sekali gus memadam rekod terdahulu, 4:27.90s yang dicipta atlet Filipina, Isidro Bildolosa pada edisi 2005 di Filipina.

Muhammad Ziyad yang juga paralimpian negara, mencatat lontaran sejauh 16.81m bagi memperbaharui rekod kejohanan miliknya iaitu 15.69m yang dicatat pada edisi 2014 di Myanmar. – BERNAMA

Tags: Para KL2017Paralimpik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Program Realiti Hedonis Tiada Nilai Intelek

Next Post

China Had Eksport Minyak Tapis Ke Korea Utara Oktober

Related Posts

Malaysia Mungkin Dibatalkan Sebagai Penganjur

28/01/2019
0

KEJOHANAN Renang Para Dunia yang bakal berlangsung di Sarawak Ogos ini masih dalam perbincangan selepas keputusan Malaysia melarang kontinjen Israel...

APG KL2017 Ditutup Penuh Bangga, Meriah

24/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Sukan Para ASEAN (APG) Kuala Lumpur 2017 melabuhkan tirainya dengan meriah dan bergaya apabila Malaysia menampilkan pencapaian...

Next Post

China Had Eksport Minyak Tapis Ke Korea Utara Oktober

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd