• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pak Jabit Telah Kembali Ke Rahmatullah

oleh
07/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA anda pernah menonton filem Hantu Kak Limah, pasti anda akan kenal dengan watak Pak Jabit iaitu Ketua Kampung kepada penduduk Kampung Pisang.

Kini tiada lagi lakonan dan lawak selamba daripada beliau. Pak Jabit atau nama sebenarnya Man Kadir telah menghembuskan nafas yang terakhir di Klinik Lancang, Temerloh, Pahang pada pukul 7.10 pagi Khamis.

Pak Jabit merupakan pelakon yang sering menjadi pilihan pengarah Mamat Khalid dalam filem lawak yang diarahkan antaranya ialah Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Kampung.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh anak arwah sendiri menerusi akaun Facebook miliknya.

Difahamkan bahawa jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang, Temerloh selepas solat Zohor.

Kini, kita telah kehilangan ramai penggiat seni veteran yang berbakat. Pemergian Pak Jabit ini semestinya dirasai oleh kaum keluarga, rakan rapat dan peminatnya sendiri yang sentiasa menantikan lakonan lucu Pak Jabit ini.

Para peminat dan netizen yang mengenali arwah tidak putus mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah dan mendoakan kemudahan segala urusan arwah disana nanti.

Maka selepas ini tiada lagilah watak Pak Jabit dalam filem arahan pengarah Mamat Khalid. Tiada lagi ketua kampung yang sering membuat lawak selamba dan ibarat penyeri itu sudah hilang.

Bermula dengan telefilem komedi Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel untuk stesen NTV7 pada 1998, arwah pernah juga membintangi filem Jin Pakai Toncit, Husin dan Hantu Kilang Biskut.

Al-Fatihah dan salam takziah diucapkan kepada waris keluarga arwah. Semoga urusan pengebumian berjalan dengan lancar. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: Hantu Kampung PisangMamat KhalidPak Jabit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RCI BNM: Anwar Tiba Ikut Laluan Khas

Next Post

Tahanan Ada Kunci Pendua, Gari Bolos

Related Posts

Galeri Seni Ilham Mamat Khalid Bakal Direalisasikan Di Ipoh

29/10/2021
0

TAPAH - Sebuah galeri seni bakal diwujudkan di kawasan Kampung Kuchai di Ipoh bagi merealisasikan rundingan dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)...

Mamat Khalid Meninggal Dunia

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Penerbit dan pengarah tersohor, Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River 12.30 pagi tadi. Khabar...

Next Post

Tahanan Ada Kunci Pendua, Gari Bolos

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd