• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Parkir Sesuka Hati, Ini Makan Dia!

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERCAYALAH, bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh masyarakat dunia amat benci dengan manusia jenis yang suka ‘double-park’ atau parkir bertindih ini.

Maka tidak hairanlah sebuah kereta yang diletakkan sesuka hati di hadapan sebuah rumah di Hunts Cross, Liverpool ini telah dijadikan mangsa kemarahan pemilik rumah terbabit.

Neil Junglas, 36, bertindak nekad membalut kereta berjenama Skoda itu dengan menggunakan cling film ekoran sudah dua hari terdampar di hadapan rumahnya.

Menurut Neil, dia ada melihat seorang wanita dan lelaki keluar dari kereta tersebut sambil membawa dua bagasi sebelum menaiki teksi.

Insiden itu terjadi pada petang Selalu lalu semasa dia sedang menyediakan makan malam untuk anak perempuannya.

“Mereka jelas meletakkan kereta mereka di sana sebelum menaiki teksi untuk ke lapangan terbang.

“Sudah tentu mereka hanya mahukan tempat letak kereta percuma.

“Jiran saya juga mempunyai beberapa buah kereta, jadi tidak ada ruang untuk kereta lain diletakkan di sini,” katanya dipetik laporan Liverpool Echo.

Neil juga menyatakan yang dia tidak boleh meletakkan keretanya di kawasan tersebut kerana kereta tersebut telah menghalang laluan. Lelaki berusia 36 tahun ini bertindak membalut kereta berkenaan sebagai kejutan kepada mereka selepas mereka pulang ke sini.

“Saya rasa perbuatan ini sangat biadap dan saya ingin mengajar mereka dengan memberikan kejutan apabila mereka pulang nanti.

“Saya bekerja di Costco, jadi saya beli cling film ini dari sana,” ujarnya.

Disebabkan kereta itu kelihatan lain dari yang lain, ramai orang telah berhenti untuk mengambil gambar dengannya.

Pihak polis turut datang melihat keadaan dan membuat tinjauan di kawasan itu, namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana kereta tersebut diletakkan di tempat yang betul dan tidak menyalahi undang-undang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kawasan perumahankereta parkirLiverpool
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd