• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia-Thai Banteras Seludup Daun Ketum

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HATYAI – Aktiviti penyeludupan daum ketum dari Malaysia ke Thailand di percayai didalangi oleh sindiket terancang, boleh dibanteras dengan lebih berkesan melalui kekerapan operasi bersama pihak berkuasa kedua-dua negara.

Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias berkata walaupun pihak berkuasa di Malaysia dan Thailand mempunyai hubungan baik dan bekerjasama rapat dalam membanteras jenayah rentas sempadan, penyeludupan daun ketum sukar dihapuskan kerana ia melibatkan sindiket di kedua-dua negara.

“Di sebelah Malaysia, polis dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) berusaha keras untuk membasmi aktiviti tersebut namun terdapat permintaan tinggi daripada pelanggan mereka di Thailand,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan seorang pegawai kanan pihak berkuasa Thailand dalam perbincangan isu semasa dua-hala untuk kepentingan bersama antara Kerajaan Negeri Perlis dan ketua-ketua jabatan agensi kerajaan dalam Wilayah Songkhla di pejabat Gabenor Songkhla di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Hubungan Sempadan Perlis, Ahmad Bakri Ali mewakili Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man mengetuai delegasi kerajaan negeri manakala Naib Gabenor Songkhla, Anuchit Trakulmututa mengetuai delegasi pegawai kerajaan wilayah Thai itu.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Hamdan Bahari serta empat anggota exco, ketua-ketua jabatan dan agensi negeri serta persekutuan. Konsul General Malaysia di Songkhla, Mohd Afandi Abu Bakar turut menyertai perbincangan itu.

Perbincangan itu adalah bersempena program tahunan Sukan Sempadan antara Perlis dan Wilayah Songkhla selama tiga hari dari Rabu hingga hari ini.

Sebanyak lima acara dilangsungkan iaitu bola sepak, badminton, sepak takraw, golf dan boling.

Azisman berkata pihak berkuasa di Malaysia bertegas dalam membanteras penyeludupan dan penyalahgunaan tumbuhan itu yang hidup subur di kawasan tanah lembab di Kedah dan Perlis.

Menurut Anuchit pula ketum diletakkan di bawah kesalahan narkotik yang paling bawah di Thailand dan pesalah boleh dihukum penjara atau denda yang boleh mencecah sehingga sepuluh kali nilai tumbuhan tersebut.

Kesalahan berkaitan ketum di Malaysia pula diletakkan di bawah Akta Racun 1952 yang bermakna menanamnya tidak menjadi kesalahan.

Komander AKSEM Perlis, DSP Syed Basri Syed Ali berkata agensi itu mengenal pasti kawasan yang sering digunakan penjenayah untuk menyeludup daun ketum namun sindiket terbabit sentiasa menukar modus operandi mereka.

Beliau berkata sindiket biasanya menjalankan aktiviti mereka pada waktu malam kerana sukar dikesan.

Katanya daun ketum diseludup oleh sindiket di Malaysia melalui pagar sempadan kepada rakan sindiket mereka di sebelah Thailand yang akan mengedarkannya pula.

AKSEM merampas kira-kira 11,000 kilogram (kg) daun ketum dari Januari hingga Ogos tahun ini bernilai lebih RM500,000 berbanding kira-kira 8,000 kg sahaja untuk tempoh sama tahun lepas, katanya.

Menurut Syed Basri harga daum ketum sentiasa berubah mengikut permintaan tetapi pada masa ini harga daun tumbuhan itu mencecah 500 bath (kira-kira RM62) satu kilogram di Thailand. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd