• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nizen Ayob Disihir, Paku Dan Rangka Gigi Dalam Kepala

oleh AK-47
05/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RUPA-RUPANYA ada lagi yang masih percaya dengan pertolongan ilmu hitam pada zaman moden ini ya? Baru-baru ini seorang pelakon pula menjadi mangsa perbuatan tersebut.

Pelakon drama bersiri popular tempatan Gerak Khas, Nizen Ayob dikhabarkan terkena buatan orang. Betul ke?

Semalam, Nizen ada memuat naik satu gambar di laman Instagramnya. Gambar itu jelas menunjukkan rangka gigi dan paku yang sudah karat. Menurutnya, objek tersebut dijumpai di dalam kepalanya.

Ingatlah setiap penyakit ada ubatnya, ingatlah setiap yg hidup pasti ada mati, ingatlah syurga pasti ada neraka, ingatlah setiap yg sakit pasti ada sihatnya kecuali kematian, ingatlah iman seseorang pasti ada nafsunya, yang sabar itu pasti ada barannya.. Selagi aku mampu tersenyum aku akan tersenyum, semoga kepuasan milikmu wahai pengirim sekali lagi…percayalah Allah itu ada… Cuma kali ni bebekas sikit kepala aku waktu keluarkan…

A post shared by Nizen Ayob (@nizenayob) on Sep 3, 2017 at 7:10pm PDT

Dikhabarkan, kesihatan pelakon yang berusia 32 tahun ini sudah mulai merosot sejak beberapa bulan lalu.

“Disebabkan itu, saya membuat keputusan untuk memperlahankan kerjaya lakonan termasuklah pembabitan dalam drama Gerak Khas yang dibintangi hampir lima tahun lalu meskipun telah sebati dengan diri saya,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar.

Peserta program realiti Pilih Kasih 3 ini ada berubat secara tradisional dengan seorang pengamal perubatan dan dia agak terkejut apabila dimaklumkan terdapat rangka gigi dan paku karat dalam kepalanya.

“Pakcik itu mengurut-urut dahi saya dengan tangannya secara perlahan-lahan menggunakan sejenis minyak sehingga terhasil kesan seperti sedang menjalani pembedahan kecil lalu dia mengeluarkan rangka gigi manusia dan paku karat.

“Memang terkejut walaupun terasa sakit semasa dia melakukan ‘pembedahan’ berkenaan terutama apabila dua objek itu mahu dikeluarkan. Malah kesan luka masih kelihatan sehingga hari ini,” katanya.

Menurut Nizen, kejadian ini merupakan kali kedua yang pernah dialaminya sejak beberapa bulan lalu dan kali ini yang paling teruk.

Dia juga tidak tahu apa puncanya sehinggakan ada pihak yang kurang menyenanginya. Walaupun begitu, dia sedar dia juga hanyalah manusia biasa yang melakukan kesilapan dan mendoakan pengirim ilmu hitam itu bertaubat. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Nizen Ayobsihir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mosti Harap Agensi Dapat NAM S&T Industry Networks

Next Post

Alahai… Merajuk Sampai Duduk Atas Bonet Kereta?

Related Posts

Ibu Sihir Guru Sampai Lumpuh, Gara-Gara Tegur Anaknya Malas

Ibu Sihir Guru Sampai Lumpuh, Gara-Gara Tegur Anaknya Malas

14/10/2023
0

PETALING JAYA – Akibat bengang dengan perbuatan seorang guru yang selalu menegur anaknya yang gagal menyiapkan kerja sekolah, seorang ibu...

[Sidang DUN] Bomoh, Sihir, Pengkid Diwarta Jenayah Syariah Di Terengganu

[Sidang DUN] Bomoh, Sihir, Pengkid Diwarta Jenayah Syariah Di Terengganu

01/12/2022
0

KUALA TERENGGANU : Amalan perbomohan dan sihir merupakan antara empat seksyen baharu yang diwujudkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)...

Next Post

Alahai... Merajuk Sampai Duduk Atas Bonet Kereta?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd