• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muzium Kucing Haram Ditutup, Kucing Pula Diusir

oleh
09/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Kementerian Pembangunan Negara (MND) tidak mengusir pemilik muzium kucing yang pertama di Singapura atau menghalangnya daripada menyimpan atau membela kucing.

Menurut laporan media tempatan, kenyataan itu dikeluarkan ekoran pengendali Lion City Kitty – The Cat Museum, Muses & Mansion mendakwa kononnya beliau dan kucing-kucingnya diusir oleh pihak berkuasa secara kejam.

Ia susulan satu perintah penguatkuasaan daripada pihak berwajib republik itu baru-baru ini. Premis itu beroperasi di tiga tingkat di sebuah bangunan di 8 Purvis Street, dengan tingkat dua diluluskan untuk kegunaan komersial.

Manakala tingkat tiga dan empat pula diluluskan bagi kegunaan kediaman. Menurut MND, para pegawai dari Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pernah memeriksa tempat tersebut pada awal tahun ini.

Mereka mendapati unit kediaman di tingkat tiga itu ditukarkan secara haram menjadi pusat perlindungan dan pengambilan kucing. Pengunjung yang ingin memasuki unit itu juga perlu beli tiket di Muzium Kucing di aras dua.

Justeru, pihak URA terpaksa mengeluarkan notis penguatkuasaan di tingkat tiga dan pemilik premis diarah untuk menukarnya kembali kepada penggunaan kediaman. Seet dilaporkan telah merayu terhadap keputusan itu.

Malangnya ia ditolak oleh pihak MND sendiri yang kemudian memberinya tempoh sehingga 3 September lalu untuk mematuhi perintah tersebut, menurut surat yang dimuat naik menerusi laman sesawang rasmi Lion City Kitty.

Notis berkenaan namun tidak menjejaskan operasi Muzium Kucing di tingkat dua kerana statusnya sah sebagai premis komersial atau melarang Seet menyimpan dan menjaga kucingnya di kediamannya sendiri, kata MND.

Bagaimanapun, pemilik bangunan itu memutuskan untuk tidak memperbaharui sewa di tingkat tiga dan empat rumah kedai tersebut. Ini bermakna bahawa Seet harus berpindah keluar menjelang akhir bulan September.

Seet mendakwa bahawa tindakan itu ada kaitan dengan notis penguatkuasaan tetapi pihak MND dalam kenyataannya menegaskan kedua-dua hal itu tiada kaitan antara satu sama lain. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kucingSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd