• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mourinho Puji Rooney, Ragui Lukaku

oleh Ahmad Albab
16/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REKOD gol yang dipegang Wayne Rooney untuk Manchester United tidak mungkin dapat disaingi kerana kini tidak mudah untuk menjaringkan gol dalam Liga Perdana Inggeris , dakwa Jose Mourinho.

Rooney kembali ke Old Trafford pada Ahad buat pertama kali sejak menyertai Everton pada musim panas dan Mourinho percaya bekas kaptennya itu patut disambut sebagai seorang ‘legenda’.

Penyerang berusia 31 tahun itu memecahkan rekod Sir Bobby Charlton pada musim terakhirnya dan mencatatkan rekod baharu sebanyak 253 gol sebelum menukar kelab dengan Romelu Lukaku yang berpindah ke United dari Everton pada nilai £75 juta.

Lukaku telah menjaringkan enam gol dalam enam perlawanan pertamanya, tetapi Mourinho percaya sukar baginya untuk mencontohi Rooney kerana dia lewat menyertai United dan bermain dalam liga yang lebih kompetitif.

“Saya fikir Wayne menghabiskan masa selama 10 tahun dalam kerjayanya di Liga Perdana yang berbeza daripada sekarang,’ kata pengurus United itu.

“Liga Perdana di mana lebih mudah untuk menjaringkan gol, bukan hanya kerana perbezaan antara pasukan teratas dan yang lainnya, tetapi juga kerana profil dan tafsiran taktikal pertandingan.

“Saya fikir Liga Perdana Inggeris ini sangat memerlukan kekuatan minda dan jauh lebih sukar.”

Mourinho memberi penghormatan kepada Rooney yang memenangi setiap kejohanan utama dalam bola sepak kelab sepanjang 13 tahun karier di Old Trafford.

Dia menambah: “Saya fikir dia akan menerima sambutan yang sewajarnya.

“Kadang-kadang di negara ini, perkataan ‘legenda’ datang dengan mudah. Tapi tidak untuk kes ini. Dia adalah legenda sebenar kelab ini.

“Jumlah penampilan, jumlah gol, jumlah trofi. Saya fikir jelas dia adalah salah seorang pemain yang paling penting dalam sejarah Manchester United.

“Saya fikir mereka di stadium akan menunjukkan rasa hormat yang sepatutnya, saya harap, sebelum dan selepas perlawanan, bukan semasa perlawanan.”

Ditanya apakah United mendapat manfaat apabila Rooney berhijrah kerana rakan sepasukan lamanya harus mengisi jurang tersebut, Mourinho menjawab: “Saya tak berkata begitu.

“Dia seorang pemain Everton. Saya tak akan bercakap tentang Wayne lebih daripada apa yang saya telah beritahu anda.

“Semasa perlawanan, dia adalah pemain Everton yang mahu memenangi perlawanan.”

Mourinho juga memuji Lukaku yang akan berdepan Everton buat kali pertama sejak meninggalkan Goodison Park.

Dia berkata: “Tidak ada apa yang lebih menggembirakan. Saya rasa Romelu mempunyai pasukan yang lebih baik berbanding Zlatan (Ibrahimovic).

“Pasukan Romelu memainkan bola sepak yang berbeza dan tahap keyakinan berbeza. Tetapi saya fikir dia juga layak mendapat pujian melihatkan cara dia bermain.” – dailymailUK/mStar Online

Tags: Jose MourinhoWayne Rooney
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jenazah Warden Pusat Tahfiz Selamat Dikebumi

Next Post

Hari Malaysia Hari Penyatuan Negara Bangsa – Salleh

Related Posts

Rooney Buat Hal Lagi, Ditahan Di Lapangan Terbang

07/01/2019
0

WAYNE Rooney ditahan kerana mabuk di khalayak ramai selepas dipercayai mengambil ubat tidur bersama alkohol semasa di dalam pesawat. Bekas...

MU ‘Kosongkan’ Pejabat Mourinho 5 Minit Lepas Dipecat

25/12/2018
0

MANCHESTER United tidak buang masa dalam menghilangkan kenangan Jose Mourinho sebagai pengurus apabila mereka 'membersihkan' pejabatnya dalam tempoh lima minit...

Next Post

Hari Malaysia Hari Penyatuan Negara Bangsa - Salleh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd