• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MotoGP: Rossi Lulus Sesi Ujian

oleh AK-47
23/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAGON – Penunggang MotoGP Sepanyol, Dani Pedrosa melakukan masa terpantas bersama jentera Honda pada hari pertama Grand Prix (GP) Aragon, semalam, tetapi kehadiran legenda Itali, Valentino Rossi lebih mencuri tumpuan.

Kira-kira tiga minggu selepas kaki kanannya patah dua bahagian susulan kemalangan ketika latihan, penunggang Yamaha itu berjaya melengkapkan kedua-dua sesi latihan di Litar Aragon yang berlangsung dalam keadaan litar basah.

VALENTINO Rossi melengkapkan kedua-dua sesi latihan di Litar Aragon. – Foto EPA

“Saya agak gembira kerana saya berasa selesa di atas jentera,” kata Rossi, 38, yang juga juara dunia sembilan kali. “Selepas dua sesi latihan, kaki saya berada dalam keadaan yang baik dan saya tidak merasa kesakitan melampau.

“Sudah tentu di litar basah ia lebih mudah kerana ia tidak benar-benar menguji tunggangan dengan jentera tetapi saya berharap kami akan mendapat keadaan cuaca lebih baik esok (hari ini) dan Ahad dalam usaha untuk memahami di mana tahap saya dalam keadaan litar kering, selain melakukan kerja-kerja pelarasan dan penggunaan tayar.”

Rossi membuka sesi latihan pertama menggunakan tayar basah sebelum melengkapkan 13 pusingan pada sesi kedua untuk mencatatkan masa ke-20 terbaik pada kedua-dua sesi.

Rakan sepasukannya, Maverick Vinales di tangga ke-17.

“Kami tidak tahu apa yang boleh dijangkakan daripada Vale pada hari pertama dia menunggang tetapi keadaan basah memberinya peralihan yang lancar daripada kecederaan,” kata Pengarah Pasukan Yamaha, Massimo Meregalli.

“Sasaran pada hari ini (semalam) adalah untuk dia membiasakan diri semula dengan jentera. Tetapi kami menjangkakan keadaan kering esok dan selepas itu kita akan benar-benar tahu di mana tahap dia berada.”

Pedrosa menjadi satu-satunya penunggang yang melakukan catatan sepusingan di bawah dua minit iaitu 1:59.858s dengan penyandang juara dunia dari Honda, Marc Marquez di tangga keempat. – Reuters

Tags: Valentino rossi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Si Doktor Mahu Bangkit Kembali Di Litar Sepang

01/11/2018
0

SEPANG - Legenda MotoGP, Valentino Rossi berharap beliau mampu bangkit daripada perlumbaan yang mengecewakan di Litar Phillip Island minggu lepas...

Rossi Hampiri 6,000 Mata GP

01/08/2018
0

PELUMBA Itali, Valentino Rossi berpeluang untuk melakar sejarah pada perlumbaan Grand Prix Republik Czech hujung minggu ini ketika juara dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd