• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Huzairi Harap Tuah Laman Sendiri Raih Emas

oleh AK-47
07/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain badminton paralimpik kebangsaan Mohamad Huzairi Abd Malik mengharapkan tuah beraksi di gelanggang sendiri apabila bertanding buat kali keempat di temasya Sukan Para ASEAN untuk meraih pingat emas buat kontinjen negara.

Mohamad Huzairi berkata beraksi di hadapan penyokong sendiri dengan mendapat sorakan gemuruh akan memberi lebih keyakinan dan semangat kepadanya untuk mempersembahkan prestasi terbaik demi mengejar pingat yang menjadi idamannya sejak tiga edisi lepas.

Mohamad Huzairi, 27, menyertai temasya dwitahunan itu sejak 2009 (Kuala Lumpur), dan 2011 (Indonesia) namun pulang dengan tangan kosong manakala edisi dua tahun lepas di Singapura, beliau berjaya meraih pingat gangsa dalam acara perseorangan.

“Sukan Para ASEAN kali ini apabila bermain di hadapan penonton sendiri akan memberi lebih keyakinan dan sorakan penonton pastinya memberi semangat buat saya semasa beraksi nanti.

“Penampilan keempat ini memang saya sasarkan pingat emas kerana mahu buktikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang saya mampu membutirkan pingat emas buat kontingen negara,” katanya kepada pemberita selepas sidang media program ‘Kita Juara’ di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus Skuad Badminton Paralimpik Kebangsaan, Dr Naharuddin Hashim berkata seramai 26 pemain akan membawa cabaran negara dalam 14 acara di Sukan Para ASEAN kali ini.

Naharuddin turut menyasarkan sekurang-kurangnya empat pingat emas bakal disumbangkan oleh skuad para badminton kebangsaan.

“Daripada 14 acara yang dipertandingkan, kita mengharapkan sebanyak empat atau lima pingat emas yang kita rasa kita boleh capai.

“Sekiranya kita memberi tumpuan yang lebih dalam masa dua minggu terakhir ini, saya percaya kita boleh mendapat lebih daripada empat yang menjadi sasaran,” katanya.

Untuk rekod, skuad para kebangsaan memperoleh tiga pingat emas pada Sukan Para ASEAN di Singapura, dua tahun lepas. – BERNAMA

Tags: atlet paralimpik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petugas Barisan Hadapan, Atlet Negara Diberi Penghormatan

13/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat memberikan penghormatan khusus kepada petugas barisan hadapan serta atlet Olimpik dan Paralimpik negara hari ini....

Latihan Keras Bawa Tuah Buat Nur Azlia Syafinaz

01/11/2017
0

KUALA LUMPUR – Pelumba basikal trek para negara, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais tidak menyangka pengorbanan menjalani latihan keras selama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd