• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mira Filzah Anggun Di Pentas Peragaan New York

oleh
12/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESTI dah ramai yang tahu bahawa Mira Filzah kini sudah bergelar model di pentas antarabangsa bersempena Minggu Fesyen New York pada 8 hingga 10 September yang lalu.

Wow! Bukan calang-calang hebat Mira ni. Orang lain masih lagi mencari platform untuk menjadi model di Malaysia, tapi Mira dah jauh melompat ke peringkat antarabangsa sampai nun jauh ke Amerika Syarikat (AS).

“Alhamdulillah ada beberapa projek yang akan memerlukan saya ke luar negara dan paling saya teruja dapat mewakili sebuah jenama di pertunjukan fesyen di New York.

“Saya juga diberi peluang untuk memperagakan pakaian jenama yang tak dapat saya sebutkan ketika ini di pertunjukan fesyen itu,” katanya dipetik daripada akhbar tempatan.

Mira juga telah menggayakan busana pengantin yang menyerlahkan kejelitaannya di atas pentas itu. Mira betul-betul nampak macam pengantin!

Dah alang-alang ada kat kota raya terbesar AS itu, Mira tak lepaskan peluang untuk berjalan-jalan di sekitar New York City yang sentiasa dilimpahi cahaya pada waktu malam.

Ramai yang memuji kejelitaan Mira dan penampilannya tampak sangat manis dengan menggayakan tudung labuh yang menampakkan ciri Islam, memandangkan pereka fesyen itu mengutamakan ciri ciri islamik dalam setiap rekaannya.

Mira dipilih oleh pereka fesyen tanah air, Shah Irza Zulkiply, atau nama jenamanya, Eja Shahril telah dijemput unruk menyertai Couture New York Fashion Week 2017 di negara Uncle Sam ini.

“Pada mulanya saya cuma menghasilkan tudung labuh yang disesuaikan dengan pakaian pengantin adik sebelum mengambil keputusan menceburi perniagaan rekaan fesyen ini secara serius pada 2009.

“Saya kemudian mula menjual pakaian muslimah di bawah jenama ‘Eja Shahril’ melalui media sosial saja dan tidak menyangka ia mendapat sambutan, malah ada artis tempatan turut membelinya,” katanya.

Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu meluahkan sedemikian ketika ditemui BH Online baru-baru ini sebelum berangkat ke New York.

https://www.instagram.com/p/BY3Q1IvDjxx/?taken-by=rhonafilm

https://www.instagram.com/p/BY03jvLDp9u/?taken-by=rhonafilm

Eja Sahhril ini merupakan salah satu daripada tiga pereka Malaysia yang dijemput unruk menyertai event antarabangsa tersebut.

Jenama Mak Cun yang diterajui oleh Erma Fatima turut berada di pentas yang gah itu bersama dengan rekaannya.

Baca: Jenama Mak Cun Di Pentas New York Fashion Week

Jelas lah kini bahawa rekaan anak bangsa kita telah dikenali diperingkat antarabangsa. Mungkin lepas ni akan ada ramai lagi pereka fesyen negara kita yang akan menempa nama di peringkat yang lebih tinggi. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: Mira FilzahNew York Fashion Week
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mira Filzah Hamil Cahaya Mata Sulung

21/01/2022
0

PETALING JAYA : Pelakon dan pengacara, Mira Filzah sedang hamil cahaya mata sulung. Khabar gembira tersebut dikongsikan suami tercintanya, Wan...

Mira Filzah Kini Isteri Orang

04/09/2020
0

DENGAN sekali lafaz, pelakon Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar, 30, anak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd