• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minta Sedekah Bermodalkan Tangisan Bayi

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Bayi seawal usia enam bulan digendong dan dibiarkan menangis demi meraih simpati umat Islam di sekitar bandar ini, terutama mereka yang pergi menunaikan solat Jumaat untuk menghulurkan sedekah.

Itu taktik digunakan beberapa wanita warga asing dipercayai daripada etnik Rohingya untuk mengemis di beberapa masjid untuk meraih ‘keuntungan’ segera.

Kumpulan wanita yang berumur antara 20 hingga 30-an itu tanpa segan silu menadah tangan dan membawa bekas plastik meminta sedekah dengan bermodalkan tangisan bayi dipercayai anak mereka.

Tinjauan Harian Metro bermula jam 12 tengah hari hingga 1.30 tengah hari, semalam mendapati waktu itu adalah peluang keemasan buat kumpulan wanita itu menjana pendapatan berlipat ganda hasil kemurahan hati orang ramai yang berkunjung ke masjid.

Berbekalkan pakaian selekeh serta wajah simpati, kumpulan wanita berkenaan tanpa rasa bersalah menggunakan bayi mereka untuk mendapatkan wang melalui cara mudah.

Wartawan sempat bertanyakan kepada seorang daripada mereka di sekitar kawasan Masjid Sultan Ahmad 1 (masjid negeri) mengenai kegiatan meminta sedekah mereka dan sebab ia dilakukan.

Wanita yang mahu dikenali Rahmah, 27, itu berkata dia tiba ke Malaysia sejak setahun lalu dan terpaksa mengemis disebabkan kesukaran memperoleh kerja.

“Susah cari kerja di sini (Kuantan) jadi hendak hidup saya terpaksa mengemis. Saya ada dua anak lagi yang perlu disara.

“Saya terpaksa bawa anak kecil kerana tiada siapa yang menjaganya. Jika hari baik (keadaan cuaca) saya boleh dapat RM300 hingga RM400 sehari iaitu pada hari Jumaat saja,” katanya. – Harian Metro

Tags: pengemis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Imigresen Tahan 14,000 PATI, Majikan Tak Berdaftar

Next Post

Gayut Depan Bonet Untuk Tuntut Hutang

Related Posts

Lelaki Dipenjara, Denda Guna Kad Pengenalan Palsu Kerja Sebagai Guru Sejak 29 Tahun

Pengemis Kaya Miliki Proton X70

22/02/2024
0

Kuala Lumpur: Hanya berbekal 'muka simpati', seorang lelaki menyara hidup dengan hasil mengemis hingga mampu membeli sebuah kenderaan utiliti sukan...

Pengemis Ludah Cermin Kereta Pemandu Enggan Beri Wang

Pengemis Ludah Cermin Kereta Pemandu Enggan Beri Wang

17/08/2023
0

JAKARTA – Seorang pengemis cuba bersikap samseng dengan meludah cermin hadapan sebuah kereta selepas pemandu enggan memberikannya wang, lapor program...

Next Post

Gayut Depan Bonet Untuk Tuntut Hutang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd