• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minat Kumpul Barangan Lama Dengan Bapa

oleh
01/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIN kosong mungkin tiada nilai bagi individu lain namun tidak bagi Riyad Ahmad, 20, yang obses mengumpul barangan itu kerana meminati item vintaj atau boleh dikategorikan antik.

Baginya, apa jua barangan lama lain ada nilai sentimental tinggi kerana tidak dikeluarkan lagi di pasaran. Justeru, dia gemar cari dan jika bukan untuk menambah koleksi peribadi, barangan itu akan dijual kepada yang berminat.

“Sejak berumur empat tahun saya kerap mengikut ayah mencari barangan terpakai serta antik dan lama-kelamaan timbul minat untuk mempunyai koleksi peribadi. Pada mulanya, saya sekadar mengumpul setem.

“Kemudian beralih kepada beg, tin, penutup botol dan radio lama. Kiranya, saya mewarisi minat itu daripada ayah, (Ahmad Ali) dan itu yang menjadikan hubungan kami berdua menjadi amat rapat,” katanya kepada Harian Metro.

Riyad yang juga penuntut Diploma Pengurusan Logistik, Kolej Antarabangsa Cybernatics, Puchong, Selangor, dan merupakan anak kedua daripada empat beradik itu mengakui harga barangan lama tidak menentu.

Ini kerana sebahagian dibeli dengan harga murah dan mencecah ribuan ringgit. Bagaimanapun, dia beruntung kerana mempunyai keluarga yang menyokong dan kadangkala membantunya membeli barangan berkenaan.

“Bila sebut mengenai hobi ini, ramai kata bazir namun tidak bagi saya kerana sebahagian boleh dijual semula secara dalam talian. Dengan cara itu, saya dapat duit poket yang secara tidak langsung meringankan beban ibu dan ayah.

“Lagipun, saya masih belajar dan banyak wang diperlukan untuk menampung perbelanjaan harian yang merangkumi makanan dan keperluan untuk menyiapkan tugasan,” katanya yang berasal dari Pontian, Johor.

Menurut Riyad, buat masa ini, dia masih lagi tidak berasa jemu sebaliknya tetap seronok kerana hobi tersebut sebenarnya banyak memberi kepuasan diri selain dapat mengisi masa terluang.

Malah, bagi Riyad, sebagai generasi muda, dia menganggap hobi mengumpul itu sebagai cara untuk menghargai barangan lama dan menambah: “Dalam banyak-banyak koleksi, saya paling suka tin dan juga radio lama.

“Namun bagi saya, apa juga barangan antik tetap istimewa. Bak kata orang, tiada lama, tiadalah yang baru. Jadi menjadi tanggungjawab generasi muda untuk menyimpan dan menjaganya dengan baik.

“Sekurang-kurangnya, saya dapat belajar beberapa perkara baharu dengan berkongsi pengetahuan bersama-sama mereka yang ada minat sama,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: barangan lama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd