• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Akan Pastikan Calonnya Boleh Menang

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MIC akan memastikan calonnya bagi PRU14 menepati ciri-ciri yang dikehendaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu boleh menang, berkredibiliti dan diterima semua kaum.

Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata walaupun parti itu telah menghantar senarai calon kepada Najib, pemilihan calon belum dimuktamadkan dan boleh berubah.

“Kami sudah ada senarai namun ia boleh berubah. Kami faham apa yang Perdana Menteri katakan iaitu mengenal pasti calon berkredibiliti yang boleh menang, agar mudah untuk kami menang.

“Calon yang berkredibiliti dan baik sentiasa menjadi prasyarat MIC. Sesiapa yang kita cadangkan sebagai calon mana-mana kerusi akan dipastikan mempunyai kredibiliti dan boleh mendapat kemenangan kalau diberi peluang bertanding,” katanya pada sidang media selepas perasmian Perhimpunan Agung MIC ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN merasmikan perhimpunan yang dihadiri 4,000 anggota MIC termasuk 1,500 perwakilan.

Pada ucapan perasmian perhimpunan itu, Najib mahu MIC menyenaraikan senarai calon yang boleh menang, berkredibiliti dan berkualiti, serta diterima oleh semua kaum pada PRU14.

Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata tiada guna meletakkan seseorang sebagai calon yang diketahui tidak boleh menang di sesuatu kawasan.

Sebelum ini, Dr Subramaniam dilaporkan berkata MIC menyasarkan memenangi tujuh kerusi parlimen dan 13 kerusi dewan undangan negeri daripada keseluruhan 28 kerusi yang dijangka ditandingi pada PRU14. – BERNAMA

Tags: BNDatuk Seri Dr S.SubramaniamMICPRU14
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kebakaran Di Wakaf Mek Zainab Tiada Unsur Jenayah

Next Post

Imigresen Kumpul Maklumat Pesta Gay

Related Posts

Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar

Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar

15/06/2025
0

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menyambut baik kenyataan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyatakan kesediaan mereka...

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Next Post

Imigresen Kumpul Maklumat Pesta Gay

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd