• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Khas Lihat Semula Keselamatan Maahad Tahfiz

oleh Ahmad Albab
17/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi melihat semula aspek keselamatan maahad tahfiz di seluruh negara susulan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini yang mengorbankan 23 nyawa semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya difahamkan ada maahad tahfiz yang mengikut piawaian bomba, ada juga yang mendapat pendaftaran yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam tapi tidak mematuhi piawaian bomba.

“Macam mana pun elok kita melakukan ‘stock taking’ kepada setiap maahad tahfiz,” katanya kepada para pemberita selepas beliau meninjau lokasi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah malam ini.

Terdahulu, Najib mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V meninjau lokasi kebakaran tersebut.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu terkorban apabila asrama yang terletak di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat terbakar 5.15 pagi semalam.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam pada itu, Najib menyifatkan tragedi itu amat menyedihkan namun boleh dielakkan sekiranya tiada pindaan dilakukan daripada pelan asal yang telah diluluskan oleh bomba.

“Bila dibina dinding tambahan menyebabkan ‘fire exit’ satu sahaja, namun demikian kita perlu menunggu siasatan yang mendalam oleh pihak polis dan bomba sebelum kita boleh membuat apa-apa kesimpulan berdasarkan fakta,” katanya yang baru kembali ke tanah air malam ini selepas mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Mengulas lanjut mengenai pusat tahfiz itu, Najib berkata pusat berkenaan dalam perancangan untuk berpindah ke bangunan baharu dalam masa beberapa hari lagi.

“…tetapi takdir mengatasi segalanya. Saya bagi pihak kerajaan ingin menyampaikan rasa sedih dan takziah kepada keluarga mangsa tragedi. Ini satu tragedi yang saya amat terasa bagi diri saya secara peribadi.

“Anak-anak dan ustaz (pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah) ini lakukan ibadah di kediaman saya di Jalan Duta pada setiap malam Jumaat sejak sekian lama,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan menyalurkan sumbangan kepada mangsa yang terlibat dalam tragedi itu mengikut tiga kategori iaitu kehilangan anak, cedera dan trauma.

“Saya ingin maklumkan kerajaan akan beri sumbangan malah saya secara peribadi juga akan salur bantuan,” katanya.

Najib turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan tidak membantu dalam pembinaan serta pengurusan Maahad Tahfiz di seluruh negara.

Beliau berkata bagi tahun ini sahaja, kerajaan telah memperuntukkan RM30 juta bagi membantu maahad tahfiz seluruh negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakMaahad Tahfiz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Korea Utara Mahu Setanding AS

Next Post

Jenazah Warden Pusat Tahfiz Selamat Dikebumi

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Jenazah Warden Pusat Tahfiz Selamat Dikebumi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd