• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka United Lega Kekal Dalam Liga Super

oleh Ahmad Albab
28/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Melaka United (MU) mampu menarik nafas lega apabila berjaya menyelamatkan diri daripada zon penyingkiran setelah meletakan diri mereka di kedudukan kelapan carta Liga Super dengan mengumpul 24 mata selepas mengalahkan Selangor 2-1 di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) , Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata dengan kejayaan tersebut bermakna bahawa pemain MU telah melunaskan tugas masing-masing sebelum tamat kampen Liga Super yang berbaki satu lagi perlawanan.

Beliau berkata sebelum masuk padang beliau telah meminta pemain agar melunaskan tugas mereka kerana bimbang akan kecewa sekiranya gagal meraih mata penuh pada perlawanan penutup Liga Super bersama pasukan Kelantan di laman sendiri bulan depan.

“Secara di atas kertas kita tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan pasukan Kelantan, namun apa pun boleh berlaku dalam bola sepak ditambahkan lagi dengan kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang mungkin membawa semangat baharu pada pasukan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan antara pasukan Melaka United dan Selangor malam tadi.

Katanya kemenangan malam tadi merupakan kemenangan yang amat diharapkan dan besar maknanya kepada keluarga MU iaitu pemain, jurulatih, pengurusan MUSA serta penyokong setia MU yang tidak ingin melihat pasukan kesayangan mereka tersingkir dalam saingan Liga Super tahun depan.

“Saya akui bahawa tugasan untuk mengalahkan pasukan Selangor bukan satu tugas mudah bagi pemain dan pasukan kerana kita tahu Selangor adalah sebuah pasukan yang lebih kuat, lebih baik dan berpengalaman berbanding dengan MU yang masih baharu dalam Liga Super,” katanya.

Beliau berkata beliau dapat melihat semangat luar biasa untuk menang yang ditonjolkan oleh semua pemain apabila berjaya mengalahkan Selangor walaupun mendapat tentangan hebat daripada pasukan ‘The Red Gaint’ itu yang tidak mudah mengalah sehingga tamat perlawanan.

Beliau berkata dengan kejayaan tersebut, Melaka United telah berjaya mencapai sasaran untuk tahun ini iaitu untuk terus kekal beraksi dalam Liga Super bagi musim hadapan.

Mohd Yusoff mengakui bahawa pihaknya menghadapi kesukaran untuk membentuk sebuah pasukan yang kuat namun MUSA optimis menjadikanya sebagai satu pembelajaran bagi membentuk pasukan yang lebih mantap pada masa akan datang.

Beliau berkata kehadiran Eduardo Almeida pada pertengahan musim membawa sedikit perubahan kepada pasukan MU apabila jurulatih yang berasal daripada Portugal itu berjaya membentuk komunikasi dan lebih serasi dengan pemain.

“Saya fikir mungkin faktor usia Almeida yang muda (39 tahun) dan bersifat lebih terbuka memberi kelebihan untuk beliau mendekati pemain.

“Almeida juga dilihat bijak menguna kelebihan yang ada pada setiap pemain dan tidak mengharapkan sesuatu yang tidak mampu diberikan oleh pemain,” katanya.

Mohd Yusoff berkata beliau akan berbincang dengan Presiden MUSA Datuk Seri Idris Haron mengenai perancangan musim hadapan pasukan dan tidak menolak kemungkinan untuk terus kekal menggunakan khidmat Almeida bagi membimbing MU pada musin hadapan.

“Jika dilihat dari segi prestasi pasukan, saya rasa tidak rugi sekiranya Almeida terus diberi kepercayaan untuk membimbing skuad MU namum kita akan melakukan perbincangan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan akhir nanti,”katanya. – BERNAMA

Tags: Melaka United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Shukor Pasang Impian Bawa Melaka United Ke Piala AFC

31/12/2018
0

MELAKA - Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd