• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Terima Keputusan DBKL Tolak Pesta Arak

oleh AK-47
20/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – MCA menerima keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menolak permohonan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 di ibu negara atas faktor keselamatan.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau membangkitkan isu berkenaan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan dimaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat atas faktor keselamatan sepertimana yang dinasihatkan polis.

“Saya berpuas hati dengan penerangan yang diberikan ketika dalam mesyuarat tersebut dan sebagai parti dan kerajaan yang bertanggungjawab, keselamatan orang awam sentiasa menjadi keutamaan kita,” kata menteri pengangkutan itu ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Liow bagaimanapun kesal dengan beberapa kenyataan politik yang dibuat DAP berhubung isu tersebut yang memberi gambaran seolah-olah kerajaan mengharamkan rakyatnya untuk meminum minuman keras.

“Bagi penganjuran acara sebegini kita haruslah menitik berat soal keselamatan orang awam terlebih dahulu dan kita seharusnya menghormati keputusan dan nasihat yang dibuat oleh pihak berkuasa dan polis,” katanya.

​​​​​​​Liow dalam pada itu berkata lebih separuh calon MCA yang akan ditampilkan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 adalah muka baharu.

Beliau berkata MCA telah menyenarai pendek calon-calonya dan telah mengemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Barisan Nasional (BN) untuk pertimbangan.

“Perdana menteri bersama-sama saya akan meneliti kesemua senarai tersebut mengikut negeri dan akan membuat pengumuman apabila tiba masanya,” katanya.

Beliau berkata MCA kini lebih bersedia untuk menghadapi PRU dengan kombinasi antara golongan muda dan golongan yang berpengalaman dalam arena politik.

Mengulas langkah bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib kembali ke pangkuan UMNO, Liow berkata ia adalah mesej jelas perjuangan pembangkang tidak meyakinkan dan pakatan pembangkang semakin bercelaru.

Beliau berkata konflik dalaman pakatan pembangkang juga jelas dapat dilihat dengan beberapa orang penting meninggalkan parti. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiMCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan bahawa 10 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan minyak RON95 lebih daripada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd