• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masak La Korang… Ragut Siap ‘FBLive’

oleh AK-47
03/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN dua lelaki meragut telefon pintar pejalan kaki yang sedang ‘FBlive’ dekat Masjid Taman Medan Idaman, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, menyebabkan identiti mereka terdedah.

Difahamkan, mangsa dipercayai lelaki warga Arab sedang berjalan ke arah masjid itu untuk menunaikan solat Aidiladha dan merakam suasana sekitarnya secara ‘live’.

Ketika dia sedang merakam video terbabit, muncul dua lelaki menaiki motosikal dan meragut telefon bimbit mangsa yang masih dalam ‘live mode’ sebelum melarikan diri.

Ketika memecut motosikal meninggalkan kawasan itu, seorang daripadanya dipercayai pembonceng berkata sambil menoleh ke belakang: “Kejar la kalau berani?”

Beberapa saat kemudian lelaki itu memandang pula ke arah telefon pintar yang diragut dan berkata pula kepada rakannya: “FB niii bodo…FB ni!”

Sehubungan itu, video ‘live’ di Facebook yang diambil mangsa berjaya merakam wajah suspek berkenaan.

Rakaman video yang berdurasi satu minit 17 saat itu tular di Facebook dengan jumlah tontonan lebih 30,000 sejak ia dimuat naik lewat malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Berdasarkan maklumat awal, identiti mangsa dipercayai lelaki warga Arab. Tapi, sehingga ini masih belum ada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun, kami akan mengesan lelaki bermotosikal yang dirakam telefon pintar itu.

“Kami akan buat semakan sekiranya lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah lampau atau mempunyai kaitan dengan kes ragut yang lain,” katanya. – Harian Metro

Tags: ragutvideo Facebook
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuba Ragut Wanita, 2 Lelaki Diberkas Orang Awam

Cuba Ragut Wanita, 2 Lelaki Diberkas Orang Awam

23/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Dua lelaki yang cuba meragut seorang wanita sedang berjalan di Persiaran KLCC, di sini, diberkas orang awam...

Rakaman CCTV Dipapar Terus Kepada Staf Bertugas

18/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Rakaman visual kamera litar tertutup (CCTV) dari dalam lif dipaparkan terus kepada kakitangan bertugas sebagai langkah pencegahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd