• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Perlu Berinteraksi Semula Dengan AS – PM

oleh AK-47
14/09/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu mengembalikan tahap interaksi dengan Amerika Syarikat (AS), terutama dalam perdagangan, bagi meningkatkan lagi perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata terdapat peluang besar untuk diteroka kedua-dua negara, dan meraih manfaat daripada hubungan perdagangan dan pelaburan yang lebih erat.

“Tahun lepas, dagangan antara kedua-dua negara bernilai hampir AS$33 bilion. Walaupun ia meningkat sejak tahun-tahun kebelakangan ini, angkanya lebih besar sebelum ini,” kata Najib dalam blognya Najibrazak.com.

Perdana Menteri kini dalam lawatan kerja tiga hari ke AS dan mengadakan rundingan dengan Presiden Donald Trumph di Rumah Putih.

Beliau berkata tahun lepas sahaja, syarikat-syarikat AS membawa masuk RM5 bilion, atau lebih daripada AS$1 bilion, pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

AS katanya merupakan pelabur asing kelima terbesar di negara ini dengan jumlah saham FDI bernilai RM36 bilion atau AS$8.5 bilion.

“Kedudukan unik Malaysia sebagai gerbang ke ASEAN yang mempunyai pasaran 625 juta penduduk, dan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau – apabila dimuktamadkan kelak – akan meliputi 50 peratus penduduk dunia dan lebih 30 peratus keluaran dalam negara kasar dunia.

“Banyak komuniti perniagaan antarabangsa sudah pun mengambil peluang ke atas kedudukan strategik kami, tenaga kerja kami yang muda, bermotovasi dan mahir berbahasa Inggeris selain dasar mesra perniagaan kami yang menarik syarikat,” katanya.

Najib memberikan beberapa contoh termasuk Broadcom Limited, antara syarikat semikonduktor terbesar di dunia, yang ditubuhkan di AS, dengan pemodalan pasaran hampir setengah trilion dolar, mahu memindahkan Hab Pengedaran Globalnya ke Malaysia tahun ini.

Dan ada banyak firma dari AS yang mengukuhkan kehadiran mereka di Malaysia, katanya.

“Coca-Cola, sebagai contoh, melabur RM1 bilion sejak 2010 dan pada Mac tahun ini, syarikat itu mengumumkan pelaburan tambahan sebanyak RM500 juta untuk meluaskan saiz dan kapasiti pengeluaran kilangnya di Malaysia.

“Saya juga gembira, seperti diumumkan sebelum ini, Malaysia Airlines Bhd. (MAB) dan Boeing Aircraft Corporation telah menandatangani Memorandum Persefahaman bernilai AS$3.9 bilion, meliputi pembukaan kemudahan MRO (penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih) di Kuala Lumpur dengan kerjasama MAB untuk membuat pengkhususan dalam pesawat Boeing 787, Boeing Max dan Boeing NG.

“Akhirnya, ketika kita meraikan 60 tahun hubungan dagang dua hala yang kukuh antara Malaysia dan AS tahun ini, kita juga menunggu pencapaian hubungan yang lebih erat 60 tahun akan datang, dalam banyak bidang, terutama perdagangan dan perniagaan,

“Kerajaan bersedia untuk membantu dalam pelbagai cara, dan diharapkan mereka akan datang ke Malaysia tidak lama lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd