• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuasa Baharu Bola Keranjang Kerusi Roda

oleh AK-47
23/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Walaupun sekali lagi gagal merangkul pingat emas, Malaysia kini dilihat sebagai kuasa baharu utama bola keranjang kerusi roda di rantau Asia Tenggara, selain Thailand.

Jurulatih kebangsaan, Abbas Aghakoucheki Hossein berkata, prestasi skuad negara meningkat berbanding aksi mereka pada temasya Sukan Para ASEAN Singapura 2015.

Beliau berkata, Malaysia harus memulakan dari sekarang mencari bakat baharu untuk menambah bilangan pemain dengan pelbagai kebolehan.

“Sebagai jurulatih profesional, saya dapati prestasi pasukan Malaysia telah meningkat, dan harus berterusan begini.

“Jika momentum ini dapat dikekalkan sehingga Sukan Para ASEAN seterusnya, Malaysia bakal mempunyai pasukan yang kuat.

Atlet bola keranjang kerusi roda ketika beraksi dalam perlawanan akhir bertemu Thailand. – Foto Bernama

“Malaysia bermain dengan baik hari ini, tetapi apa yang merisaukan saya, dalam perlawanan (menentang Thailand) kami tidak mempunyai pemain yang tinggi, pemain negara bertubuh kecil dan sederhana.

“Sudah tiba masanya untuk mencari bakat baharu dan dedahkan mereka menyertai pertandingan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan Malaysia-Thailand di sini hari ini.

Abbas, jurulatih yang melatih skuad Iran di Sukan Paralimpik Rio 2016, percaya Malaysia yang mempunyai lebih 30 juta penduduk, akan berjaya mencungkil atlet kurang upaya yang mahu menyertai pasukan kebangsaan.

“Jelajah semua bandar, cari bakat muda dan tubuhkan pasukan kemudian anjur pertandingan. Dengan adanya pertandingan kita dapat tingkatkan lagi prestasi,” katanya.

Skuad Malaysia tewas di tangan Thailand, 56-70 dalam perlawanan penentuan pingat emas.

Dengan kemenangan itu, Thailand mengekalkan emas dalam acara berpasukan bola keranjang berkerusi roda buat kali keenam berturut-turut.

Malaysia terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan Filipina merangkul gangsa selepas menewaskan Myanmar 49-41 dalam perlawanan persaingan tempat ketiga dan keempat sebelum itu.

Acara bola keranjang kerusi roda itu menggunakan format round robin. – Bernama

Tags: Para KL2017Pasukan Bola Keranjang Kerusi Roda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APG KL2017 Ditutup Penuh Bangga, Meriah

24/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Sukan Para ASEAN (APG) Kuala Lumpur 2017 melabuhkan tirainya dengan meriah dan bergaya apabila Malaysia menampilkan pencapaian...

Para 2017 Petanda Positif Hadapi Para Asia 2018

24/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Malaysia menutup kempen acara olahraga Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (APG 2017) di Stadium Nasional Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd