• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAIPk Perkenal Manual Pengurusan Kubur Islam

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bakal melaksanakan manual pengurusan tanah perkuburan Islam tahun depan bagi panduan Jawatankuasa Pengurusan Kubur di kariah masjid masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Amiruddin Muhamed berkata manual atau prosedur operasi standard itu mengambil contoh pengurusan tanah kubur yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan kini dalam peringkat akhir untuk disiapkan.

Katanya, pelbagai aspek perlu diteliti kerana sesetengah tanah perkuburan telah diwakafkan serta diwarisi pengurusannya melibatkan beberapa lapisan generasi.

“Sudah tiba masanya untuk kita membuat satu manual perkuburan. Kita tidak mahu pada suatu hari nanti, disebabkan tiada sesuatu peraturan tetap, ada yang mengenakan caj pengebumian tinggi sehingga RM4,000 atau RM5,000.

“Kita tidak mahu urusan pengebumian ini dikomersialkan dan memberikan suatu kegiatan ekonomi. Kita tidak mahu tanah perkuburan ini dimiliki oleh individu atau pertubuhan tertentu yang menguruskannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan agihan wakaf saraan kubur kepada lapan Jawatankuasa Pengurusan Kubur dengan jumlah keseluruhan agihan bernilai RM75,896 di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini hari ini. – BERNAMA

Tags: batu nisanMAIPK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Giat Buru Pencuri Batu Nisan

Polis Giat Buru Pencuri Batu Nisan

02/05/2023
0

JOHOR BAHRU: Polis giat mengesan individu yang bertanggungjawab atas kehilangan lebih 10 batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau,...

MAIPk Terima Zakat Perniagaan RM11.8 Juta

MAIPk Terima Zakat Perniagaan RM11.8 Juta

05/07/2022
0

IPOH : Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima penyerahan bayaran zakat perniagaan berjumlah RM11,875,079 daripada 10 syarikat korporat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd