• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Tak Pernah Masuk Bilik Urus Niaga Forex

oleh AK-47
07/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pengarah di Jabatan Pengurusan Tukaran Asing Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Suruhanjaya Siasatan (RCI) Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM), bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah memasuki bilik dagangan tukaran asing (forex di London).

Azman Mat Ali, 54, menjawab “beliau tidak pernah” kepada soalan oleh peguam Dr. Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla sama ada Dr. Mahathir pernah memasuki bilik dagangan ketika Azman menjalankan urusan dagangan forex.

Mengenai soalan sama ada Azman bertugas di pejabat Bank Negara, London ketika Dr. Mahathir merasmikan pembukaan bilik dagangan forex di London, beliau berkata upacara itu diadakan beberapa tahun sebelum beliau ditugaskan sebagai peniaga mata wang di pejabat itu.

Beliau berkata sebagai peniaga ketika itu beliau menjalankan urus niaga atas arahan ketua peniaga dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

“Selain melaporkan kepada Nor Mohamed dan ketua peniaga, tiada siapa yang tahu sebesar mana dagangan forex yang dilakukan,” katanya.

Beliau juga memberitahu RCI itu bahawa beliau tidak ingat mana-mana orang kenamaan, perdana menteri atau timbalan perdana menteri ada datang menemuinya ketika itu.

Azman, saksi ke-18 berkata beliau pernah melaksanakan transaksi mata wang asing atas arahan Nor Mohamed hingga lebih US$1 bilion sehari.

Ketika membaca kenyataannya, beliau berkata beliau tidak dapat menjawab jika dikatakan bahawa urus niaga mata wang asing yang dijalankan peniaga-peniaga berbentuk spekulasi.

“Saya tidak ada sebarang komen mengenai dakwaan (bekas Penolong Gabenor) Datuk Abdul Murad Khalid bahawa urus niaga mata wang asing yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 1990 hingga 1994 adalah berbentuk spekulasi dan perjudian.

“Saya hanya melaksanakan urus niaga forex mengikut arahan daripada ketua,” kata beliau dalam prosiding RCI itu bagi menyiasat kerugian dialami BNM dalam transaksi  mata wang asing sekitar tahun 1990-an.

Suruhanjaya enam anggota itu dipengerusikan Pengerusi Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Turut menganggotai suruhanjaya itu ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd., Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan Pengarah Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Yusof Ismail yang juga Setiausaha suruhanjaya siasatan itu. – BERNAMA

Tags: BNMMahathir MohamadRCIskandal forex
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

GB4B Desak Nobel Keamanan Suu Kyi Ditarik Balik

Next Post

RCI Forex BNM: Urus Niaga Lebih AS$1 Bilion Sehari

Related Posts

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

11/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menuntut penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi...

Next Post

RCI Forex BNM: Urus Niaga Lebih AS$1 Bilion Sehari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd