• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAB Sahkan Tempahan 25 Pesawat Boeing 737

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Berhada (MAB) mengesahkan syarikat telah memuktamadkan tempahan 25 pesawat Boeing 737 dengan pilihan untuk menambah pesawat mengikut kesesuaian persekitaran operasinya.

Syarikat penerbangan nasional itu berkata ia akan terus menilai dengan teliti semua pilihan yang ada untuk memastikan pembelian bersesuaian dengan perniagaan dan operasi.

“Ini perlu dan selaras dengan langkah pengurusan kumpulan pesawat yang berhemat dan usaha pengawalan kos di seluruh kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan.

MAB berkata demikian sebagai respons kepada laporan media dan kenyataan mengenai pelan bagi kumpulan pesawatnya, termasuk Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Boeing baru-baru ini.

MoU baru-baru ini tersebut bagi potensi menambah lapan pesawat dua lorong Dreamliner Boeing 787-9 dalam kumpulan pesawat syarikat mulai suku ketiga 2019.

Ini bagi meningkatkan keupayaan kumpulan pesawat dua lorong syarikat penerbangan itu dan memberikan kualiti yang tinggi pada laluan paling menguntungkannya.

Pembiayaan bagi semua pesawat itu telah dirancang mengikut pajakan semula operasi dan jual atau pajakan operasi, katanya.

MAB kini mempunyai 54 pesawat 737-800 dengan 48 beroperasi manakala enam pesawat diserahkan semula kepada pemajak pada Disember 2017 dan kini sedang menjalani program penyelenggaraan pulangan pajakan. – BERNAMA

Tags: MABMalaysia Airlines
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan MH370, menyebabkan ahli keluarga mangsa masih menaruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd