• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lukisan Grafiti Mampu Beri Pulangan Lumayan

oleh AK-47
12/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seni lukisan grafiti sering dipandang negatif dan dianggap sebagai satu aktiviti ‘underground’ memaparkan contengan bersifat vandalisme semata-mata.

Namun ia sebenarnya mampu memberi pendapatan lumayan jika diketengahkan sebagai platform ekonomi baharu, kata Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa.

Beliau berkata seni lukisan grafiti mempunyai nilai tinggi dan seharusnya dimanfaatkan oleh golongan yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu.

Beliau berkata beberapa negara maju sudah lama menjadikannya sebagai satu cabang pendapatan dalam industri kreatif terutama melibatkan Generasi Y.

“Ramai anak muda di negara ini memiliki minat serta kepakaran dalam bidang seni kreatif, dan sekiranya bakat dimiliki itu diasah serta digunakan padai saluran yang betul ia mampu menjadi lubuk rezeki kepada mereka.

“Sebagai contoh terdapat beberapa pelukis grafiti tempatan ditawarkan peluang di Dubai dan dibayar harga lumayan untuk menghasilkan karya grafiti ‘masterpiece’ mereka.

“Ini termasuk di beberapa lokasi tumpuan pelancong di kota mewah itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini ditemui selepas hadir menyaksikan Pertandingan Grafiti Antabax Power 2017 di perkarangan Balai Seni Negara.

Beliau berkata penubuhan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (Cendana) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 6 September lalu.

Ia beserta peruntukan awal sebanyak RM20 juta seharusnya melonjakkan semangat penggiat industri dalam bidang kreatif seperti pelukis grafiti.

“Kita nampak kerajaan serius dalam memperkasa dan mengetengahkan bidang ini dan diharap mereka yang berada dalam lapangan berkenaan memanfaatkannya sebaik mungkin sebagai usahawan.

“Seni grafiti kini bukan lagi sekadar hiasan jalanan, ia seharusnya dijadikan satu kerjaya dalam industri kreatif,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lukisan Grafiti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Melaka United Tak Akan Benarkan JDT Menang Mudah

Next Post

Anak & Ibu Maut Kereta Bertembung Lori

Related Posts

No Content Available
Next Post

Anak & Ibu Maut Kereta Bertembung Lori

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd