• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Parah Dibelasah, Diikat Guna Rantai Besi

oleh AK-47
03/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang lelaki warga Thailand cedera parah di badan dan muka selepas dipercayai dipukul beberapa individu dikenalinya di kebun getah di Kampung Kura, Sik, dekat sini, Isnin lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Chatri, 21, dilaporkan turut diikat tangan dan kaki dengan tali serta rantai besi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Terap, Asisten Superintendan Mohd Radzuan Othman, berkata kejadian hanya disedari jam 10.30 malam Isnin lalu.

“Mangsa dikatakan dihantar seorang rakan ke kebun getah itu kira-kira jam 11 malam Ahad lalu untuk bertemu rakan lain.

“Rakan yang menghantarnya terus pulang dan tidak mengetahui apa yang berlaku selepas itu.

“Beberapa suspek dipercayai datang ke kebun itu sebelum memukul mangsa dan mengikatnya dengan tali serta rantai besi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Radzuan berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan mangsa.

Katanya, mangsa memaklumkan mengenali suspek yang memukulnya.

“Suspek sudah dikenal pasti namun motif kejadian masih dalam siasatan. Kita masih memburu mereka bagi membantu siasatan.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Nerang sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, ibu mangsa yang berusia 40-an, tidak mengetahui punca kejadian sehingga anaknya diperlakukan sedemikian.

“Anak saya hanya kerja kampung dan ini bukan kes culik. Kami tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Kami sekeluarga risau apabila gagal mencarinya apabila tidak pulang sebelum menerima panggilan daripada rakan suami yang memaklumkan anak kami ditemui diikat di kebun,” katanya. – BH Online

*Video sekadar hiasan…

Tags: cedera parahdibelasah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemansuhan Pencen: Jumlah Penjawat Awam Pasti Menyusut – PN

Remaja Dibelasah Bapa Mabuk Bongkar Pernah Dirogol Suspek

25/01/2024
0

REMBAU: Remaja perempuan yang ditendang dan dipukul bapanya yang mabuk sehingga menerima 12 jahitan pada kepala tengah malam kelmarin, dipercayai...

Konstabel Parah Ditikam Dalam Operasi Dadah

Konstabel Parah Ditikam Dalam Operasi Dadah

10/07/2023
0

JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis cedera parah ditikam di bahagian rusuk belakang sebelah kiri oleh seorang lelaki ketika menjalankan Op...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd