• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Langgar Lari Warga Singapura Dibebaskan

oleh Ahmad Albab
05/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lelaki yang melanggar lari seorang warga Singapura hingga menyebabkan kematiannya pada 25 Ogos lalu, telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata siasatan kes bagaimanapun masih berjalan.

“Suspek berusia 30an ditahan di sekitar Johor pada pukul 3 pagi semalam, namun, telah diberikan jaminan hari ini setelah beberapa tindakan diambil.

“Keretanya juga masih kita rampas untuk pemeriksaan lanjut dan kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya sebaik siasatan lengkap,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini, melaporkan mangsa Justinian Tan, 25, masuk ke Johor Bahru bersama rakan-rakannya untuk makan lewat malam.

​​​​​​​Bagaimanapun, ketika menuju ke kereta mereka untuk pulang kira-kira 3 pagi, sebuah kereta Proton Saga telah merempuh mangsa lalu menyebabkannya tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) namun setibanya di sana, rakan-rakan mangsa memberitahu media Singapura kononnya HSA enggan memberikan rawatan jika mereka tidak membayar deposit.

Rakan-rakannya juga dipetik sebagai berkata pihak hospital lambat bertindak menghantar ambulans untuk menghantar mangsa ke hospital itu.

Namun, dakwaan tersebut disangkal oleh Kementerian Kesihatan dengan menegaskan bahawa berdasarkan rekod, Tan telah diberikan rawatan kecemasan pada kadar segera tanpa syarat bayaran deposit. – BERNAMA

Tags: langgar lariwarga singapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar Tingkatan Dua MRSM Lemas Di Lata Kulim

Next Post

Korea Utara Bangunkan Bom Hidrogen

Related Posts

Pemandu Pikap Navara Ditahan, Mangsa Langgar Lari Alami Pendarahan Otak, Patah Tulang

Pemandu Pikap Navara Ditahan, Mangsa Langgar Lari Alami Pendarahan Otak, Patah Tulang

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemandu pikap Nissan Navara yang disyaki terbabit kes langgar lari sebelum Plaza Tol Duta, di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)...

Pemandu BMW Langgar Lari Serah Diri

Pemandu BMW Langgar Lari Serah Diri

05/02/2025
0

BUTTERWORTH: Pemandu sebuah kereta mewah BMW yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth...

Next Post

Korea Utara Bangunkan Bom Hidrogen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd