• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lancar Kutipan Sumbangan Bantu Tahfiz Terbakar

oleh Ahmad Albab
14/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergerakan Wanita UMNO hari ini melancarkan tabung kutipan bagi membantu Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, di sini yang terbakar awal pagi ini, menyebabkan 24 penghuninya maut.

Ketua pergerakan itu, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata sumbangan bagi tabung itu akan digerakkan segera dalam kalangan anggota Wanita UMNO seluruh negara.

“Sebagai permulaan, sebanyak RM5,000 sumbangan sayap berkenaan akan diserahkan kepada wakil tahfiz itu hari ini.

“Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban waris dan pengurusan tahfiz ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Pusat tahfiz itu mempunyai 36 pelajar dan enam guru yang menginap di pusat tahfiz berkenaan apabila kebakaran yang belum dipastikan puncanya berlaku pukul 5.15 pagi ini.

Seramai 22 pelajar berumur antara 13 dan 17 tahun serta dua guru dilaporkan maut dalam kejadian itu.

Sementara itu Shahrizat menyokong usaha ‘pemutihan’ yang akan diilakukan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan membabitkan semua pusat tahfiz di seluruh negara bagi menjamin keselamatan pelajar dan penghuni selepas ini. – BERNAMA

Tags: DERMAWanita UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Polis Periksa Unit Kediaman Tidak Berpenghuni

Pakar Komputer Derma Kornea, ‘Terangi’ Penglihatan Dua Pesakit

17/12/2023
0

Kota Kinabalu: Seorang pakar pengaturcaraan komputer yang meninggal dunia akibat masalah kesihatan baru-baru ini menjadi penderma organ kesembilan direkodkan di...

Dewan Rakyat: Nombor Tidak Aktif Akan ‘Dikuarantin’ 6 Bulan

SPRM Siasat Dokumen NGO Kutip Derma Untuk Palestin

24/10/2023
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mendapatkan beberapa dokumen daripada pertubuhan bukan kerajaan tersebut (NGO) yang mengutip...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd