• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Labuan Bersiap Sedia Hadapi Penularan Rabies

oleh AK-47
05/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Pihak berkuasa kesihatan di sini bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi kemungkinan berlaku penularan rabies atau penyakit anjing gila melalui kerjasama rapat dengan agensi kerajaan berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata klinik dan hospital kerajaan di pulau bebas cukai ini juga dilengkapi kemudahan diperlukan untuk menghadapi kemungkinan itu, termasuk vaksin.

“Petugas perubatan kami di klinik dan hospital kerajaan telah menjalani latihan simulasi mengenai rabies sebagai persiapan menghadapi penularan penyakit itu di sini,” katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya Latihan Simulasi Lapangan Satu Kesihatan mengenai Rabies untuk Borneo Utara di sini hari ini.

Beliau berkata jabatan itu telah menubuhkan unit bagi mengesan kehadiran penyakit bagi melancarkan urusan pengumpulan data berkaitan.

“Sebaik sahaja kami menerima data dan maklumat mengenai penularan sesuatu penyakit, tindakan segera akan diambil untuk mengawalnya,” kata beliau.

Menurut beliau, langkah mencegah penularan rabies dilaksanakan melalui pendekatan holistik oleh semua agensi kerajaan, termasuk Perbadanan Labuan (LC) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, Pengarah Jabtan Perkhidmatan Veterinar Labuan Dr Elizabeth Edward Juan mengesahkan bahawa ketika ini, Labuan bebas daripada penularan rabies dan jelas beliau, pemantauan sentiasa dilakukan bagi mengesan penyakit itu.

“Kami sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan tercetusnya penularan penyakit kerana tidak wujud risiko sifar sebab setiap kawasan mempunyai risiko tersendiri.

Satu daripada cara untuk mengawal ketat penularannya ialah dengan mengharamkan kemasukan kucing dan anjing dari Sarawak,” kata beliau.

Pengerusi majlis penasihat LC Datuk Bashir Alias pula berkata operasi menangkap anjing liar di kampung dan kawasan kediaman juga telah dimulakan dengan bantuan orang ramai. – BERNAMA

Tags: Kes Rabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Kes Rabies Baharu Di Kalangan Manusia Di Sarawak

09/12/2018
0

KUCHING - Terdapat dua kes baharu disyaki rabies di kalangan manusia di Sarawak, satu daripadanya melibatkan kematian seorang lelaki berumur...

Sarawak Rekod Satu Kes Baharu Rabies

28/11/2018
0

KUCHING - Sarawak merekodkan satu lagi kes rabies dalam kalangan manusia apabila seorang lelaki disahkan dijangkiti penyakit itu semalam, menjadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd