• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuota Wajib 30% Pecah Monopoli Daging Import

oleh AK-47
11/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Syarat mewajibkan kuota sekurang-kurangnya 30 peratus untuk pengimport Bumiputera dijangka dapat memecahkan monopoli kartel daging import, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, syarat itu juga akan turut dikenakan kepada dua lagi pusat penyembelihan yang bakal menerima kelulusan mengeskport daging ke Malaysia bagi memastikan pengimport Bumiputera turut mendapat peluang dalam perniagaan itu.

Setakat ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kesihatan telah membuat pemeriksaan di beberapa pusat penyembelihan baharu di India sebelum diberi kelulusan berkaitan, katanya.

“Syarat (30 peratus) itu sedang diteliti dan dijangka dapat dilaksanakan memandangkan kelulusan kepada tujuh atau lapan pengeksport daging sudah hampir tamat tempohnya dan perlu diperbaharui.

“Secara dasarnya ia telah dipersetujui dan kita cuma menunggu kelulusan pihak pusat penyembelihan dan Jabatan Veterinar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Bantuan ‘Touch Point’ kepada Nelayan Daerah Temerloh di sini, hari ini.

Tajuddin berkata demikian bagi mengulas kewujudan kartel dalam aktiviti import daging yang didakwa menyaksikan penglibatan Bumiputera sebanyak 10 peratus sedangkan Malaysia mengimport daging pada nilai hampir RM2 bilion setahun, kebanyakkannya dari India.

Beliau juga mengakui masalah itu berkemungkinan disebabkan oleh sikap pengeskport yang disifatkannya selesa berurusan dengan pengimport bukan Bumiputera yang tidak mahu perniagaan mereka turut terjejas.

“Bagi saya, tidak adil jika peluang itu tidak diberikan kepada pengimport Bumiputera,” katanya.

Tajuddin juga berharap pengimport Bumiputera dapat bergabung menubuhkan satu konsortium sebagaimana yang pernah disarankan beliau sejak dua tahun lalu dalam usaha meningkatkan kemampuan bersaing dengan pengimport bukan Bumiputera.

“Kita mahu konsortium itu wujud supaya mereka boleh mendapatkan pinjaman bank kerana usaha mengimport perlukan modal besar sedangkan kebanyakan mereka memiliki modal terhad. Oleh itu, bagaimana mereka mahu bersaing?

“Perkara ini perlu dilihat semula agar mereka boleh mendapatkan pembiayaan bagi kemudahan seperti bilik sejuk. Ini boleh dilaksanakan jika mereka bergabung,” katanya.

Selain itu, Tajuddin juga menegaskan setakat ini tidak timbul sebarang keperluan untuk merombak Jabatan Veterinar berhubung isu kartel daging berikutan sikap positif jabatan itu dalam usaha mengatasi perkara berkenaan. – BERNAMA

Tags: Daging Import
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

60% Pemegang AP Import Daging Dimiliki Syarikat Bumiputera

26/01/2021
0

KUALA LANGAT - Sebanyak 60 peratus daripada jumlah keseluruhan pemegang permit import (AP) daging terdiri daripada syarikat dimiliki oleh golongan bumiputera,...

SPRM Panggil Saksi Isu Kartel Daging Sejuk Beku

18/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil 27 saksi berhubung isu kartel daging sejuk beku membabitkan pekerja syarikat,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd