• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KRU Gegarkan Konsert Anniversary Ke-25

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA sangka, kumpulan muzik paling popular tahun 90an dan awal 2000 ini sudah 25 tahun mewarnai persada seni tanah air?

Kumpulan trio adik-beradik KRU bakal menggegarkan pentas Istana Budaya pada 4 hingga 6 Mei 2018 menerusi Konsert KRU25 bersempena 25 tahun pembabitan mereka sebagai anak seni sejak tahun 1992 lagi.

Penerbit Eksekutif KRU 25, Datuk Norman Abdul Halim (Norman KRU) menyifatkan konsert akan datang ini merupakan sesuatu yang istimewa buat peminat kerana terselit konsep penceritaan dalam persembahan itu nanti.

Tambahnya lagi, Istana Budaya merupakan lokasi yang tepat kerana bersesuaian dengan konsep yang bakal dipersembahkan nanti.

“Selain pentas, sistem bunyi dan penataan cahaya yang dinaik-taraf, suasana eksklusifdi Istana Budaya juga akan memberi keselesaan kepada penonton bagi menghayati konsert selama dua jam ini.

“Walaupun KRU25 hanya akan diadakan sekitar tujuh bulan dari sekarang, pihak kami membuat keputusan untuk mengumumkan tarikh ini lebih awal memandangkan ramai peminat KRU telah lama menantikan pengumuman kami ini.

“Pengumuman ini juga bagi memastikan peminat-peminat yang tinggal di luar kawasan Lembah Kelang dan di luar negara dapat membantu persediaan awal menjelang Mei nanti,” katanya.

Bagi Konsert25 ini, tempat duduk adalah terhad kerana hanya sebanyak 3,000 tiket yang akan dijual mulai hari ini. Harganya pula bermula dari RM138 (tidak termasuk GST).

Dalam pada itu, Norman yang juga abang kepada Edry dan Yusry menyatakan yang mereka bakal mengeluarkan single terbaru sebagai buah tangan untuk peminatnya.

Lagu baharu itu turut dimuatkan dalam album kompilasi KRU25 yang bakal dikeluarkan dalam bentuk digital, CD, DVD dan Vinyl.

Dalam perkembangan terbaru, KRU kini dalam proses untuk menerbitkan “Rockumentary” tentang jatuh bangun dan perjalan KRU dalam bergelar anak seni sejak 1992 lagi.

Terdahulu, mereka bertiga telah mengadakan Konsert KRU25 di Esplanade, Singapura. Konsert yang diadakan pada Ogos 2016 itu menandakan permulaan bagi sambutan KRU25 ini. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: KonsertKRU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SK Damak, Jerantut Ditutup Akibat Banjir Kilat

Next Post

Mahadzir Lokman Kini Semakin Responsif

Related Posts

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

3 Maut, 39 Cedera Bom Dilempar Berhampiran Pentas Konsert Di Utara Thailand

3 Maut, 39 Cedera Bom Dilempar Berhampiran Pentas Konsert Di Utara Thailand

14/12/2024
0

BANGKOK: – Tiga maut, manakala sekurang-kurangnya 39 yang lain cedera selepas bom dilemparkan ke arah orang ramai di Pameran Palang...

Next Post

Mahadzir Lokman Kini Semakin Responsif

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd