• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Sah 19 Pengganas Cuba Sabotaj Sukan SEA

oleh
05/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 19 suspek pengganas berjaya ditahan di empat buah negeri antara 4 Julai sehingga 30 Ogos lalu, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

Antara ditangkap termasuklah rangkaian kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang berdasarkan maklumat dipercayai mahu melancarkan serangan ketika acara penutup Sukan SEA dan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu.

“Suspek utama dikenal pasti warga asing yang berusia 25 tahun dikesan menyusup masuk ke Sandakan, Sabah dari selatan Filipina sebelum menuju ke Kuala Lumpur pada Disember 2015.

“Suspek pernah terlibat dalam pertempuran dengan tentera kerajaan Filipina dan menculik beberapa tebusan di negara itu,” kata Mohamad Fuzi dalam satu kenyataan rasmi di sini hari ini.

Menurutnya, suspek pernah mengadakan pertemuan dengan pengganas dari Malaysia, Dr. Mahmud Ahmad, Najib Hussein dan Juraimee Awang di Filipina sebelum menyusup ke Malaysia.

“Maklumat turut mendedahkan bahawa suspek merancang melancarkan serangan semasa upacara penutup Sukan SEA di Stadium Nasional Bukit Jalil dan perbarisan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka,” katanya.

Pelbagai unit polis antaranya Pasukan Gerakan Am, Unit Tindakan Khas, Unit Forensik selain Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara terlibat dalam operasi berkenaan.

Kesemua suspek yang berusia antara 25 tahun sehingga 63 tahun itu ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas dalam operasi di sekitar ibu negara, Selangor, Johor dan Kelantan.

Selain rakyat Filipina tersebut, polis turut menangkap 10 warganegara asing lain termasuk daripada Bangladesh, Maldives, Iraq dan Palestin yang ada kaitan dengan rangkaian pengganas Daesh.

“Lapan lagi merupakan warga Malaysia turut ditangkap dan kesemua 19 mereka disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Sosma),” ujar Mohamad Fuzi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DaeshMohamad Fuzi HarunSukan SEA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd