• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Klinik 1Malaysia Insiatif Najib Yang Disyukuri Rakyat

oleh Ahmad Albab
11/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Klinik 1Malaysia (K1M) yang diperkenalkan tujuh tahun lepas adalah antara inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat amat disyukuri rakyat berikutan perkhidmatan yang mudah diakses, berkualiti dan kos yang sangat rendah.

K1M yang beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam termasuk cuti umum dan hujung minggu dengan setiap lawatan dikenakan caj hanya RM1 bagi warganegara dan percuma untuk warga emas, memberi kemudahan kepada rakyat terutama golongan kurang berkemampuan dan tinggal jauh dari bandar.

Tinjauan Bernama di beberapa K1M di sekitar Johor dan Lembah Klang mendapati klinik itu sentiasa dipenuhi orang ramai pelbagai bangsa yang mahu mendapatkan rawatan bagi penyakit-penyakit ringan.

Seorang pesara swasta Mohd Said Omar, 64, berkata walaupun terdapat klinik kesihatan dan poliklinik kerajaan berhampiran kediamannya di Taman Megah Ria, Masai, Johor namun beliau memilih untuk ke K1M Taman Megah Ria kerana perkhidmatan yang cepat dan persekitaran yang selesa.

“Bagi warga emas seperti saya, perkhidmatan yang cepat dan selesa pasti menjadi pilihan, lagipun rawatannya percuma dan ubat-ubatan juga setanding dengan klinik lain,” katanya kepada Bernama.

Beliau mula mendapatkan rawatan di K1M sejak setahun lalu untuk sakit kulit yang dialaminya

Mohd Said berkata berdasarkan pengalamannya, K1M menjadi pilihan warga emas seperti beliau mungkin disebabkan kecekapan perkhidmatan dan pesakit tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Puteri Nur Balqis Mydin, 21, dari Bukit Beruntung, Hulu Selangor, berkata sejak K1M dibuka di kawasan perumahannya di Apartmen Kenanga, beliau tidak perlu lagi memikirkan soal kekangan masa dan kewangan untuk mendapatkan rawatan.

“Saya dan keluarga hanya perlu turun dan berjalan sekitar 200 meter untuk sampai ke K1M di kawasan perumahan kami,” katanya.

Bagi Khaleebullah Abdul Mutalif, 35, pula beliau yang beberapa kali telah membawa ibunya ke K1M Gombak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan walaupun pernah mendengar reaksi negatif mengenai kualiti ubat di klinik berkenaan.

Katanya sejak berkunjung sendiri ke klinik itu yang terletak kira-kira lima kilometer dari tempat tinggalnya, tanggapan negatif beliau terhadap K1M berubah.

“Kalau dahulu saya mungkin menjadikan K1M sebagai pilihan terakhir, tetapi sekarang jika ibu, isteri atau saya sendiri memerlukan rawatan, saya tidak teragak-agak untuk membawa mereka ke sana, perkhidmatan klinik ini bagi saya memang baik,” katanya.

Khaleebullah berkata bagi orang yang bekerja sendiri sepertinya dan tidak mempunyai kemudahan perubatan panel yang ditanggung syarikat, K1M adalah paling sesuai untuknya dan keluarga.
K1M dilancarkan pada 2010 di Flat Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur sebelum diperluas ke seluruh negara pada tahun sama.

Menurut laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kini terdapat 334 K1M di seluruh negara dan kesemuanya terletak di kawasan strategik yang berdekatan dengan kawasan perumahan.

Dikendalikan jururawat dan pembantu hospital, pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan rawatan perubatan ringan seperti demam, batuk, selesema, rawatan susulan pesakit kronik stabil termasuk kencing manis, darah tinggi dan prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan.

Sejak ditubuhkan sehingga 2016, jumlah lawatan ke K1M adalah sebanyak 6.47 juta. – BERNAMA

Tags: Klinik 1Malaysiarakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perintah Berkurung Esszone Dilanjutkan Hingga 27 Sept

Next Post

Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Di Kota Marudu

Related Posts

Harga Petrol RM1.99 Untuk Rakyat Malaysia, Bukan Warga Asing

Harga Petrol RM1.99 Untuk Rakyat Malaysia, Bukan Warga Asing

27/07/2025
0

MUAR - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad menegaskan harga petrol RON95 pada kadar subsidi RM1.99 seliter yang diumumkan...

Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Sempadan Thailand-Kemboja Susulan Ketegangan Memuncak

Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Sempadan Thailand-Kemboja Susulan Ketegangan Memuncak

24/07/2025
0

BANGKOK: Kedutaan Besar Malaysia di Thailand menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengelak daripada memasuki kawasan pertikaian di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja susulan...

Next Post

Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Di Kota Marudu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd