• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Boy Of Bengal – 1 Badan 2 Kepala!

oleh AK-47
21/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KITA sering kali mendengar berita kembar siam bercantum anggota badan.

Namun apa yang terjadi di India pada tahun 1783 ialah pernah seorang kanak-kanak dilahir dalam keadaan satu badan tetapi dengan dua kepala.

Apa yang peliknya, kedua-dua kepalanya tidak bercantum di bahagian tepi, sebaliknya secara menegak.

Disebabkan mempunyai fizikal yang unik, kanak-kanak itu dikenali dengan nama Boy Of Bengal atau Budak Lelaki Bengal.

Kanak-kanak itu dilahirkan dalam sebuah keluarga petani miskin di perkampungan Mundul Gait di negeri Bengal yang kini menjadi sebahagian daripada Bangladesh.

Ketika itu sudah menjadi tradisi kepada keluarga yang tidak berkemampuan untuk memanggil bidan apabila ada wanita yang ingin melahirkan bayinya.

Menurut Jan Bondeson dalam bukunya The Two-Headed Boy, bidan yang bertanggungjawab menyambut bayi berkenaan telah mencampakkannya ke dalam api akibat ketakutan dengan bentuk fizikalnya kerana lain daripada lain.

Namun ajaibnya, kanak-kanak tersebut masih lagi hidup walaupun kedua-dua bahagian kepalanya itu sudah terkena api yang agak panas.

Disebabkan kesempitan hidup, kanak-kanak itu dipamerkan di Calcutta (kini dikenali sebagai Kolkata). Melalui cara itu, selain menarik perhatian orang ramai, dalam masa sama ia mampu memberikan wang untuk meneruskan kehidupan keluarganya yang miskin.

Mana tidaknya, orang kenamaan di India pada waktu itu pun berebut-rebut untuk mempamerkan kanak-kanak berkenaan di kediaman masing-masing ketika majlis persendirian diadakan.

Yalah.. bukan sesuatu yang normal mempunyai dua kepala pada satu badan yang sama. Lagi-lagi apabila kepala keduanya itu hanya sampai pangkal leher itu dan bercantum pula secara terbalik dengan kepala utama.

Menurut Bondenson lagi, saiz kedua-dua kepala budak tersebut sama seperti saiz kepala kanak-kanak normal yang lain tetapi mata, mulut, hidung untuk kepala keduanya itu kelihatan kecil sedikit.

Bagaimanapun ia mampu berfungsi seperti biasa. Bahkan, jika mulut yang terletak di kepala pertama sedang mengunyah makanan, mulut di kepala kedua pula akan mengeluarkan air liur.

Apabila kanak-kanak itu tidur pula, mata di kepala keduanya akan terjaga seolah-olah menjadi penjaga kepada kanak-kanak tersebut.

Walaupun kanak-kanak ini popular sehingga mendapat gelaran Boy Of Bengal, nyawanya tidak panjang kerana dia maut dipatuk ular Cobra pada usianya baru mencecah empat tahun.

Kanak-kanak unik itu dikebumikan berhampiran Sungai Boopnorain. Walau bagaimanapun, tengkoraknya telah dicuri oleh Dent, seorang ejen garam dari Syarikat India Timur British.

Suatu penemuan yang mengejutkan apabila Dent mendapati kanak-kanak tersebut mempunyai dua otak yang berbeza dan seolah-olah menerima nutrisi yang diperlukan selepas membedah kepalanya.

Dipercayai, kepala kedua itu mampu membisikkan pemikiran ke dalam kepala yang pertama. Ini menjadikan kanak-kanak terbabit dua individu yang berlainan dalam satu badan!

Kini, tengkorak Boy Of Bengal itu boleh dilihat di Muzium Hunterian Royal College of Surgeons of London. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Boy of BengalIndia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sedih, Kucing Melly Goeslaw Dilanggar Lari Kereta

Next Post

NGO Serantau Akan Bersidang Bantu Tangani Isu Rohingya

Related Posts

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

10/05/2025
0

ISLAMABAD – Pakistan berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara S-400 milik India yang terletak di Adampur, daerah Jalandhar, negeri Punjab, India,...

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

10/05/2025
0

SEREMBAN: Rakyat Malaysia yang merancang ke India dan Pakistan khususnya di wilayah Kashmir dinasihatkan menangguhkan sementara perjalanan tidak penting susulan...

Next Post

NGO Serantau Akan Bersidang Bantu Tangani Isu Rohingya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd