• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khalid Bersara Sebagai Ketua Polis Negara

oleh AK-47
04/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Khalid Abu Bakar akan menamatkan perkhidmatannya secara rasmi sebagai Ketua Polis Negara pada satu majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini, esok.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijadual menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan tertinggi dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) itu.

Khalid berkata persaraannya, yang dibuat awal sehari sebelum hari lahirnya pada Selasa ini, diputuskannya sendiri.

“Ya, memang benar saya akan bersara esok… perancangan saya selepas ini adalah mengikuti kelas memasak di Malaysian Institute of Baking (MIB) di Petaling Jaya,” katanya kepada Bernama di sini.

Khalid akan diraikan pada majlis Perbarisan Khas sempena persaraan beliau di Padang Kawad, Pulapol yang dijadual pada 2.30 petang esok.

Khalid, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, berpengalaman lebih 40 tahun dalam PDRM selepas memulakan khidmatnya dengan pasukan keselamatan itu sebagai inspektor pada 5 Disember 1976.

Antara jawatan penting yang pernah disandangnya adalah Ketua Polis Negeri Sembilan (2005), Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (2006) dan Ketua Polis Selangor (2007), Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (2010) dan Timbalan Ketua Polis Negara (2011).

Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013 bagi menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak. – BERNAMA

Tags: KPN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

23/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak memasuki ibu negara sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd