• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama Geely-Proton Contoh Baik Inisiatif OBOR

oleh AK-47
23/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNHUANG – Kerjasama antara pengeluar kereta dari China, Zhejiang Geely Holdings Group dan Proton Holdings Bhd. menjadi contoh yang baik bagi inisiatif Satu Jalur Satu Laluan (OBOR) China.

Pengerusi Zhejiang Geely, Li Shufu berkata ekonomi China berada pada fasa peralihan yang penting dan syarikat, sebagai syarikat pembuatan kereta multinasional China, terlibat secara aktif dalam OBOR.

“Pada Jun 2017, Zhejiang Geely menandatangani perjanjian dengan Proton dan perjanjian itu dijangka dimuktamadkan pada akhir bulan ini. 
“Ini merupakan contoh syarikat meneruskan inisiatif OBOR, terutamanya dalam pembangunan kereta dan infrastruktur,” katanya kepada media dari lebih 120 negara pada Forum Kerjasama Media mengenai OBOR 2017 di sini Selasa lalu.

Kumpulan akhbar terbesar China, The People’s Daily, menganjurkan forum tersebut.
 Shufu berkata, meneroka global adalah penting tetapi lebih pen­ting untuk membangunkan budaya korporat.

“Kunci kepada perkara itu adalah integrasi, keterangkuman dan budaya terbuka,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif pembangunan perniagaan bukan hanya mengenai keuntungan tetapi turut melibatkan nilai sosial dan tanggungjawab sosial korporat.

Pada Jun 2017, syarikat induk Proton, DRB-Hicom Bhd. menandatangani Perjanjian Definitif dengan Zhejiang Geely, konglomerat kereta China, bagi menjual 49.9 peratus pegangannya dalam Proton.

Kerjasama strategik itu akan meningkatkan pengeluaran kereta Proton ke peringkat global, termasuk di Asia Tenggara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata, kerjasama DRB-Hicom-Zhejiang Geely akan menyaksikan Proton menjadi hab pengeluaran global bagi model kereta pemanduan kanan syarikat China itu dan memacu pengeluar kereta nasional itu mencapai kejayaan yang lebih besar dan masa depan yang terjamin.

Perjanjian tersebut merangkumi tujuh bidang kerjasama strategik yang termasuk Proton mempunyai hak eksklusif kepada produk dan teknologi terkini Zhexiang Geely di rantau ini dan akses melepasi pasaran Asia Tenggara dan China.

Di bawah perjanjian itu, operasi penyelidikan dan pembangunan Zhexiang Geely Proton akan menjadi Pusat Kecemerlangan Geely di ASEAN, melengkapkan pelbagai tapak operasi lain di seluruh dunia.

Malaysia juga akan menjadi hab kereta pemanduan kanan bagi kenderaan Zhexiang Geely di rantau ini.

Langkah ini akan memastikan kapasiti kilang moden di Tanjung Malim digunakan sepenuhya dan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada penduduk tempatan. – Bernama

Tags: GeelyPengerusi Zhejiang GeelyProton
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Demokrasi Myanmar Hanya Menipu Dunia

Next Post

Sumbangan Komuniti Hokkien Dalam Ekonomi Negara

Related Posts

Wanita Didakwa Meninggal Dunia Akibat Makan Sandwic Basi

Perak Setuju Sedia Lokasi Kepada Geely Bina Universiti

23/12/2023
0

Ipoh: Perak bersetuju untuk menyediakan lokasi bagi pembinaan sebuah universiti bertaraf antarabangsa di Proton City, Tanjung Malim sepertimana dicadangkan oleh...

Geely Dan DC-Sciences Labur RM32.5 Bilion Di Malaysia – MOSTI

Geely Dan DC-Sciences Labur RM32.5 Bilion Di Malaysia – MOSTI

06/04/2023
0

PUTRAJAYA – Lebih RM32.5 bilion nilai pelaburan berjaya diraih Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) susulan lawatan rasmi Perdana Menteri,...

Next Post

Sumbangan Komuniti Hokkien Dalam Ekonomi Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd