• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Terima Hujan Lebat Sehingga November

oleh AK-47
15/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kedah dijangka menerima hujan lebat berterusan sehingga November ini, kata Pengarah Meteorologi Kedah, Rosli Zakaria @ Che Kob.

Keadaan itu disebabkan musim peralihan angin monsun yang biasanya bermula pada September.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar berjaga-jaga dengan ribut petir beserta angin kencang yang biasanya akan melanda pada waktu petang.

“Orang ramai perlu kenal tanda-tanda apabila ribut akan melanda seperti angin berserta kilat dan guruh serta mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau turut mengingatkan mereka yang tinggal di kawasan rendah agar lebih berhati-hati dan mengikut arahan pihak berkuasa kerana berisiko dilanda banjir kilat.

Pada 7 September lalu, angin kuat menyebabkan lebih 50 buah rumah di sekitar daerah ini rosak teruk, manakala tiga kenderaan dihempap pokok tumbang.

Keadaan itu turut menyebabkan beberapa jalan di sekitar Alor Setar sesak, terutamanya di plaza tol Alor Setar Utara apabila beberapa pokok tumbang sehingga menghalang jalan utama. – Bernama

Tags: Hujan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

05/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan pada 1 Januari lalu,...

Tunggu Allah Turunkan Hujan, Empangan Akan Penuh Balik – Sanusi

Tunggu Allah Turunkan Hujan, Empangan Akan Penuh Balik – Sanusi

04/08/2024
0

Tunggu Allah turunkan hujan bagi menampung kekeringan air takungan empangan di Kedah, kata Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd