• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Minta Penaja Selesaikan Tunggakan

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta penaja-penajanya menyelesaikan tunggakan penajaan berjumlah lebih RM1 juta kepada persatuan itu.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata pembayaran tunggakan penajaan merupakan antara perkara awal yang ditekankan oleh kepimpinan baharu persatuan itu untuk menyelesaikan beberapa masalah termasuk bayaran tunggakan gaji pemain.

“Kami mendapati terdapat berberapa penaja yang masih tidak memenuhi dan menjelaskan penajaan kewangan mereka seperti yang telah dipersetujui sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas menemui pemain dan pegawai pasukan Piala Presiden Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata pembayaran tunggakan kewangan daripada penaja akan membantu pihaknya mengatasi masalah yang lebih penting iaitu berkaitan pelesenan yang jika gagal diselesaikan akan menyebabkan pasukan Kelantan berdepan kemungkinan turun ke Liga Perdana musim depan.

“Isu ini (pelesenan pasukan) merupakan masalah penting sekiranya KAFA gagal membayar tunggakan gaji pemain dan sebagainya, pasukan akan terpaksa turun ke liga perdana dan kami hanya mempunyai sebulan untuk selesai isu pelesenan ini,” katanya.

Selain itu, beliau mahukan pemain Kelantan memberikan tumpuan kepada tiga baki perlawanan dalam saingan Liga Super bagi mengelakkan pasukan itu turun ke pentas Liga Perdana.

Bibi Ramjani turut memberitahu KAFA telah membayar tunggakan gaji pada Julai dan Ogos lepas kepada pemain dan pegawai pasukan Piala Presiden Kelantan.

Tanpa mendedahkan jumlah tunggakan tersebut, beliau berkata bayaran tunggakan gaji itu bagi menaikkan semangat pasukan berkenaan yang akan menghadapi perlawanan suku akhir Piala Presiden di Negeri Sembilan pada Khamis ini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Persatuan Penulis Perlis-Aduka 3P Johan Pantun

Next Post

Rapid KL Operasi Monorel 4-Gerabak Hujung Tahun

Related Posts

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

26/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan seorang pelajar universiti di Cyberjaya mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial, dengan majoriti warganet mempersoalkan...

Insya-Allah Kita Harap Ada Pakej Lebih Baik Untuk ‘Riders’ – Fahmi

Insya-Allah Kita Harap Ada Pakej Lebih Baik Untuk ‘Riders’ – Fahmi

26/06/2025
0

Kuala Lumpur: Kementerian Komunikasi akan meneliti keperluan untuk menambah baik seterusnya memperkenalkan semula pakej perkhidmatan internet p-hailing Rahmah yang pernah...

Next Post

Rapid KL Operasi Monorel 4-Gerabak Hujung Tahun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd