• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerung Melekap Enggan Lepaskan Perut

oleh Ahmad Albab
30/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARTHON (Amerika Syarikat) – Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas perutnya digigit anak jerung ketika menyelam di perairan Marthon, Florida baru-baru ini.

Dalam satu rakaman video, Ervin Maccarty dilihat keluar dari laut dan terus naik ke bot dengan seekor anak jerung melekat di perutnya.

Maccarty cuba menarik ikan jerung itu tetapi haiwan berkenaan enggan melepaskan gigitannya menyebabkan lelaki itu mengerang kesakitan.

Beberapa rakannya cuba membantu tetapi ikan jerung itu terus menggigit perut Maccarty dengan kuat.

Selepas berusaha, mereka akhirnya mengambil keputusan menikam ikan jerung berkenaan supaya ia melepaskan gigitannya.

Selepas beberapa saat, ikan jerung itu mati dan perlahan-lahan melepaskan gigitan di perut Maccarty.

Maccarty berkata, dia menyelam untuk mencari udang karang sebelum seekor anak jerung tiba-tiba menyerangnya.

“Anak ikan jerung ini sangat agresif dan ia terus menggigit perut saya menyebabkan saya hampir lemas.

“Saya terpaksa segera naik ke permukaan dan berenang ke bot untuk meminta bantuan rakan-rakan,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Tags: jerungpenyelam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Penyelam Eropah Ditemukan

09/04/2022
0

MERSING : Dua lagi penyelam Eropah yang hilang ketika melakukan aktiviti selam skuba berhampiran Pulau Tokong Sanggol, di sini ditemukan...

Jerung Ganas Di Great Barrier Reef, Lelaki Terbunuh

06/11/2018
0

SYDNEY - Seorang lelaki maut akibat diserang jerung di kawasan tumpuan pelancong di Great Barrier Reef, yang mana ini merupakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd