• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenayah Seksual Kanak-Kanak Diperluaskan

oleh AK-47
28/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak akan diperluas ke 12 negeri secara berperingkat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata fasa pertama penubuhan mahkamah khas itu membabitkan Sarawak, Selangor dan Johor dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Semalam saya telah bentangkan memorandum bagi memperluaskan penubuhan mahkamah khas ini di seluruh negeri dan Kabinet telah bersetuju untuk mahkamah ini diwujudkan secara empat fasa, dengan fasa pertama di tiga negeri ini yang mencatat kadar kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang tinggi.

“Kita berharap dengan kewujudan mahkamah khas ini akan dapat selesaikan kes-kes jenayah seksual kanak-kanak dalam tempoh setahun seperti yang diarahkan ketua hakim negara dan memberi mesej bahawa kerajaan tidak akan melambat-lambatkan pendakwaan di negeri-negeri berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak Negeri Selangor 2017 anjuran Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih) di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Azalina berkata fasa kedua penubuhan mahkamah khas itu akan dilaksanakan di Kedah dan Perlis (disekalikan), Kelantan dan Pahang; fasa ketiga di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka sementara fasa keempat di Sabah, Perak dan Terengganu.

Mengulas lanjut, beliau berkata cadangan untuk memperluaskan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak ke negeri-negeri lain adalah berikutan terdapat banyak kes yang didaftarkan di mahkamah khas pertama di Putrajaya berjaya diselesaikan dengan cepat.

“Bagi kes-kes di (mahkamah khas) Putrajaya, terdapat 303 kes didaftarkan sejak tiga bulan mahkamah ini diwujudkan dan daripada jumlah itu, 255 kes atau 84 peratus telah diselesaikan. Ini membuktikan mahkamah ini mencapai objektif dan menyelesaikan kes secara efisien dalam tempoh kurang 12 bulan.

“Mahkamah di negeri-negeri ini akan dilengkapi dengan fasiliti yang sama seperti di Putrajaya seperti Court Recording Transcription (CRT) dan Sistem Audio Visual. Kita juga berharap Yayasan Permata akan turut membiayai bilik saksi dan bilik menunggu saksi kanak-kanak di negeri-negeri ini seperti yang dilakukan di Putrajaya,” katanya.

Bagi memastikan mahkamah khas di 12 negeri ini dapat beroperasi dengan efektif, beliau berkata latihan pengkhususan kepada pegawai-pegawai kehakiman dan perundangan yang mengendalikan kes-kes jenayah seksual kanak-kanak juga akan dilaksanakan.

Azalina berkata pihaknya juga akan mengadakan mesyuarat prosedur operasi standard (SOP) dengan pihak mahkamah esok bagi membincangkan keperluan mewujudkan pembukuan khas bagi pensaksian yang membabitkan kanak-kanak.

“Bila ada pensaksian kanak-kanak kena ada ‘apa yang boleh dan tidak boleh’. Saya akan rujuk semula kepada Akta Keterangan Kanak-Kanak 2007 dan kita akan kaji semula sama ada nak buat pindaan termasuk yang membabitkan keterangan kanak-kanak dalam bentuk rakaman, kita perlu kaji tentang pemeriksaan balas dan sebagainya.

“Saya harap kalau kajian itu saya boleh bawa ke Kabinet, mungkin ketika persidangan dewan (Dewan Rakyat) bulan Oktober ini saya boleh bawa cadangan untuk pindaan (Akta Keterangan Kanak-Kanak),” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azalina Othman Said
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

06/04/2023
0

SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi menambah baik dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd