• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Sebab Bangunan Cantik Sahaja…” – Netizen

oleh
17/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umum sedia maklum bahawa pusat tahfiz di negara kita sebenarnya sudah lama wujud sejak puluhan tahun lalu.

Namun, trend ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke pusat tahfiz mula meningkat dan mendapat permintaan luas semenjak beberapa tahun lalu.

Ia berkembang dengan pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan ekoran permintaan tinggi ibu bapa.

Ini berkemungkinan disebabkan oleh masalah kekurangan tempat untuk menyambung pengajian di pusat tahfiz milik kerajaan persekutuan dan negeri.

Akibatnya, ramai individu mengambil peluang dengan mewujudkan pusat tahfiz persendirian bagi menangani perkara tersebut.

Untuk rekod, terdapat pusat tahfiz di bawah naungan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan setiap ibu negeri juga mempunyai ma’ahad tahfiz tersendiri yang dikendali oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

Bagaimanapun, insiden kebakaran menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pagi semalam telah membuka mata orang ramai tentang beberapa isu keselamatan yang turut menghantui banyak pusat tahfiz di seluruh negara.

Terdapat pusat berkenaan yang dikesan sengaja tidak mematuhi aspek keselamatan dari segi prosedur kecemasan terutamanya ketika berlaku kebakaran.

Dalam pada itu tinjauan Mynewshub terhadap beberapa orang awam menunjukkan mereka juga meminta supaya para ibu bapa lebih bijak dalam menghantar anak ke mana-mana pusat tahfiz.

Sharuzi Pi’e, seorang pesara tentera berkata, ibu bapa sebaiknya memilih pusat tahfiz yang mempunyai kelengkapan cukup daripada segala aspek.

“Pada ibu bapa yang nak hantar anak-anak ke tahfiz, cubalah cari tahfiz yang mempunyai kelengkapan yang cukup. Check dulu bangunan tersebut berdaftar mahupun tidak,” katanya.

Manakala Mardiyana, seorang tukang jahit pula berkata, jangan kerana bangunannya nampak indah terus memilih untuk hantar ke sana.

“Sebelum ini orang pandang je cantik, semua nak hantar. Kalau boleh, tengok dulu keselamatan. Jangan nampak bangunan cantik sahaja,” ujarnya.

Hadi Muhammad, 23, turut berkata ibu bapa disarankan untuk memastikan sekolah tahfiz pilihan perlu mendapat kelulusan daripada pihak yang sepatutnya.

“Kalau boleh para ibu bapa disarankan memastikan sekolah tahfiz yang mereka nak hantar anak-anak itu berdaftar dan juga mendapat kelulusan daripada pihak yang berwajib,” katanya.

Hafizah Mazlan, 24, pula berharap agar para ibu bapa selepas ini mengkaji lebih mendalam berkenaan latar belakang tahfiz pilihan dan bukan hanya mendengar melalui mulut orang semata.

“Ibu bapa kena tahu ciri-ciri dan latar belakang tahfiz itu. Bukan setakat dengar orang kata sahaja. Ibu bapa pun terus je hantar tanpa periksa dahulu latar belakang tahfiz tersebut,” katanya.

Kebakaran menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang berlaku pagi semalam telah mengorbankan lebih 20 pelajar dan dua warden.

Sementara itu, dua pelajar yang terselamat dalam kebakaran semalam dilaporkan masih dalam keadaan kritikal. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wakil Malaysia Pemandu Porsche Terbaik Asia Pasifik

Next Post

CCTV PPIM Beri ‘Klu’ Suspek Bakar Pusat Tahfiz

Related Posts

Ittifaqiyah: 9 Mayat Penghuni Tahfiz Ditemui Rentung

20/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Dua pakar forensik yang memeriksa 11 daripada 23 mayat penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang maut...

Kebakaran Tahfiz: DNA Lelaki Ditemui Pada Tong Gas

29/01/2019
0

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah diberitahu terdapat kesan DNA...

Next Post

CCTV PPIM Beri 'Klu' Suspek Bakar Pusat Tahfiz

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd