• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Kompromi Soal Keselamatan Pintu Sempadan

oleh Ahmad Albab
30/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Pihak penguat kuasa di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam diingatkan agar tidak sesekali berkompromi dengan isu keselamatan berikutan pintu sempadan itu kini dibuka 20 jam sehari.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata peningkatan kawalan diperlukan kerana dikhuatiri ancaman seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia dan jenayah rentas sempadan menjadi berleluasa susulan pelaksanaan langkah tersebut sejak awal bulan ini.

Bagaimanapun kata beliau, kementeriannya berpandangan belum ada keperluan untuk menambah pasukan tentera bagi mengawal sempadan negara.

“Ini kerana sudah terdapat 4,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia yang bertugas mengawal keselamatan di pintu-pintu sempadan negara,” kata Anggota Parlimen Kubang Pasu itu yang ditemui selepas program ‘Kubang Pasu Friday Night Ride 2017’, di sini malam tadi.

Tempoh operasi pintu sempadan Bukit Kayu Hitam dilanjutkan daripada 18 jam kepada 20 jam bermula 3 Sept lalu dan dijangka beroperasi 24 jam bermula 1 Jan tahun depan.

Mengenai program kayuhan tersebut, Mohd Johari berkata seramai 600 anggota kelab berbasikal dari seluruh Kedah mengikuti program tersebut yang bertujuan menonjolkan tempat menarik di Kubang Pasu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd Johari BaharumKeselamatan Sempadan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Kaji Guna Dron Kawal Keselamatan Sempadan

10/12/2019
0

JAKARTA - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedang mengkaji kemungkinan penggunaan dron di kawasan perairan Sabah...

KDN Akan Bincang Keberkesanan Kawalan Sempadan – Mohd Azis

14/10/2018
0

KANGAR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan perbincangan dengan agensi yang bertanggungjawab membuat kawalan di sempadan untuk menilai keberkesanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd