• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Laut Malaysia Terima Kapal MV Polaris

oleh AK-47
12/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Jabatan Laut Malaysia (Jabatan Laut) menerima sebuah kapal penyelenggaraan alat bantuan pelayaran pelbagai fungsi, MV Polaris bagi tugasan seperti penundaan kapal dan bantuan kecemasan di perairan negara.

Kapal bernilai RM92 juta, yang dibina oleh Muhibbah Engineering Bhd, diserahkan kepada jabatan itu pada 31 Ogos lepas dan dilancarkan secara rasmi hari ini oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Chua Kok Ching pada satu majlis, di sini.

Pembinaan kapal berkelajuan 15 knot dan berukuran 85 meter panjang serta 16.2 meter lebar itu mengambil masa 20 bulan bermula 15 Jan 2016, serta dilengkapi peralatan berintegrasi dengan ‘Vessel Bridge Management System’, sistem kedudukan dinamik kelas kedua dan ‘fire fighting ship class 1 system’.

Ketua Pengarah Jabatan Laut Datuk Baharin Abdul Hamid berkata MV Polaris adalah kapal kelima dalam jenisnya dimiliki jabatan berkenaan dan ia dilihat dapat meningkatkan prestasi pengoperasian alat bantuan pelayaran di perairan negara bagi memastikan kesemuanya sentiasa berkeadaan baik.

Ini kerana, beliau berkata setakat dua tahun lepas, jabatan itu menerusi Lembaga Dius Api mempunyai kira-kira 350 alat bantuan pelayaran seperti tanda arah suar serta pelampung pandu dan akan menerima tambahan peralatan seumpamanya tahun ini.

“MV Polaris mampu berada di laut selama 35 hari tanpa ulang bekal dan ia kini sedia untuk memulakan operasi penyelenggaraan pertamanya mulai dari Selat Melaka hingga ke Laut China Selatan.

“Selain tugas penyelenggaraan biasa, sistem melawan api yang dipasang pada kapal termoden itu membolehkannya memberi bantuan dalam sebarang insiden kebakaran kapal di laut,” kata Baharin kepada pemberita.

Menurut beliau, MV Polaris mempunyai alat tunda berkeupayaan ‘bollard pull’ 60 ton bagi membolehkannya bertindak sebagai kapal penunda kecemasan jika diperlukan selain turut dilengkapi bilik kuliah, bilik penginapan pelajar dan surau bagi kegunaan 20 pelatih.

Dalam pada itu, Chua berkata kerajaan berharap tambahan kapal seumpamanya dapat memberi manfaat kepada industri perkapalan tempatan dan meningkatkan jaminan keselamatan serta khidmat bantuan kecemasan kepada kapal-kapal yang berlayar di perairan negara. – BERNAMA

Tags: Kapal MV Polaris
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Kedah Ke-29 Pernah Aktif Dalam Ketenteraan

Next Post

“Almarhum Pemimpin Hebat Tawan Hati Rakyat”

Related Posts

No Content Available
Next Post

"Almarhum Pemimpin Hebat Tawan Hati Rakyat"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd