• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Komited Banteras Jenayah Rentas Sempadan

oleh AK-47
30/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kejayaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam kes pertuduhan berkaitan sindiket penyeludupan migran antarabangsa memberi semangat kepada jabatan itu untuk terus membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan.

Merujuk kepada kejayaan JIM memutuskan satu daripada rantaian jenayah rentas sempadan dalam operasi pada November 2016 yang berakhir dengan beberapa individu menerima hukuman, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata kejayaan tersebut akan diambil sebagai satu tanda aras bagi JIM melaksanakan penguatkuasaan.

“JIM sentiasa memandang serius serta tidak mengambil mudah ke atas mana-mana pihak yang cuba untuk melakukan kesalahan khususnya di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta155) dan Akta ATIPSOM 2007 (Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007) bagi menjaga keselamatan, kedaulatan dan keamanan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rentetan operasi pada 20 Nov 2016 melibatkan sindiket penyeludupan migran antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai transit melalui jalan laut, JIM menahan 16 warga Indonesia dan sembilan warga Somalia dalam sebuah bot pom-pom semasa cubaan penyeludupan dari kawasan paya bakau berhampiran Bukit Malawati, Kuala Selangor.

Susulan itu, pada 15 Mei tahun ini dua tekong warga Indonesia dihadapkan ke mahkamah dan semalam (28 Sept) seorang warga Indonesia yang merupakan dalang utama bagi aktiviti penyeludupan migran itu turut didakwa di mahkamah.

Dua tekong dan dalang itu yang mengaku bersalah, masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000. – BERNAMA

Tags: Jabatan Imigresen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Selamat 10 Wanita Bawah Umur Mangsa Eksploitasi Seks Sindiket Pelacuran

Imigresen Selamat 10 Wanita Bawah Umur Mangsa Eksploitasi Seks Sindiket Pelacuran

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menyelamatkan 10 remaja perempuan bawah umur yang menjadi mangsa eksploitasi seks oleh sindiket pelacuran yang berselindung...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd