• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Ditendang Suami, Dua Batang Gigi Patah

oleh
05/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Berang isteri sering menghadap telefon bimbit dan kerap membebel, seorang suami telah menyepak dan menyebabkan isterinya kehilangan dua batang gigi hadapan.

Menurut laporan media Indonesia, wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Nem dikatakan menunggu kepulangan suaminya itu di wilayah Jawa Timur pada 29 Ogos yang lalu.

Suaminya telah keluar rumah pada jam 9 malam dan pulang ke rumah pada jam 2 pagi. Si isteri terus menyoal suami tentang kelewatannya pulang ke rumah.

Mereka dikatakan telah berperang mulut dan sebelum itu mangsa telah mengirimkan SMS tetapi tidak dijawab oleh si suami.

Mungkin kerana rimas dan rungsing kerana asyik dengar isterinya membebel, si suami telah memukul isterinya sehingga terjatuh dan menyepak mulutnya sehingga menyebabkan dua batang gigi depannya patah.

Bagaimanapun suspek telah berjaya ditahan oleh pihak polis dan berita itu mendapat perhatian daripada jiran tetangga yang tahu mengenai kejadian tersebut.

Setelah disoal siasat, suspek mengaku bahawa dia tidak dapat mengawal rasa marah dengan si isteri yang hanya mementingkan telefon bimbitnya sahaja.

“Saya nak marah sebab suami balik lambat, tapi saya kena marah balik. Saya main handphone cuma main Facebook dan YouTube, tidak ada niat lain.

“Saya minta maaf kepada suami mungkin saya belum boleh menjadi isteri yang baik,” luahnya dengan rasa sedih.

Suspek kini berada di bawah tahanan pihak polis Ponorogo Jawa Timur bagi menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes ini. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: GIGIisterisuami
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

14/01/2026
0

SRI AMAN – Bapa kepada mangsa wanita yang ditemukan meninggal dunia bersama suaminya dalam kejadian tragis di sebuah kediaman di Taman Mutiara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd