• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hugh Hefner Playboy Meninggal Dunia

oleh AK-47
29/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Hugh Hefner yang merupakan pengasas majalah lucah Playboy dilaporkan telah meninggal dunia semalam, waktu Amerika Syarikat.

Hefner yang berusia 91 tahun, meninggal dunia di rumah agamnya yang diberi nama Playboy Mansion di Beverly Hills, California akibat sakit tua, menurut Playboy Enterprises Inc.

Hefner atau nama sebenarnya Hugh Marston Hefner, dilahirkan di Chicago pada 9 April 1926 dan merupakan anak kepada dua orang guru yang mempunyai pegangan agama yang kuat.

Selepas menamatkan perkhidmatannya di dalam ketenteraan AS sebagai penulis, beliau telah menerima ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi sebelum meneruskan kariernya sebagai seorang copywriter untuk majalah Esquire.

Hefner memulakan penerbitan majalah Playboy pada tahun 1953 ketika berusia 27 tahun dengan wang yang dipinjam sebanyak $8,000.

Majalh itu mula mendapat perhatian apabila Hefner dengan beraninya menerbitkan gambar-gambar bogel Marilyn Monroe yang dibelinya pada harga $200. Gambar-gambar itu diambil semasa Marilyn menjadi model untuk kalendar tahun 1949.

Hefner meninggalkan seorang balu, Crystal Harris yang dikahwininya pada tahun 2012 dan empat orang anak iaitu Cooper Hefner, Christie Hefner, Marston Hefner, dan David Hefner.

Crystal merupakan bekas model Playboy yang baru berusia 26 tahun ketika mengahwini Hefner–dengan jarak umur 60 tahun antara mereka.
.- MYNEWSHUB.CC

Tags: hugh hefnerplayboy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Model Playboy Mahu Dedah Hubungan Dengan Trump

21/03/2018
0

NEW YORK - Bekas model Playboy yang mendakwa ada hubungan sulit dengan Presiden Donald Trump memfailkan saman di California semalam...

Pengasas Playboy Hilang Pendengaran Kerana Viagra

30/09/2017
0

PENGASAS majalah Playboy, mendiang Hugh Hefner yang meninggal dunia semalam, dikatakan telah mengambil ubat perangsang seks, Viagra terlalu banyak hinggakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd