• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hans Isaac Terima Kata Maaf Zizan Razak

oleh
27/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN pelawak dan pelakon, Zizan Razak yang telah menyinggung perasaan sesetengah pihak ketika menjadi pengacara untuk Festival Filem Malaysia 29 (FFM29) malam kelmarin masih menjadi bualan hangat.

Bagaimanapun, Zizan telah membuat permohonan maaf kepada kedua-dua artis berkenaan dan juga institusi istana di atas keterlanjuran kata-kata sewaktu majlis.

Baca: Ter’over’ Gurau, Zizan Mohon Maaf

Pelakon, Datuk Hans Isaac pula dikatakan telah menerima permohonan maaf tersebut dan berbincang secara baik dengan Zizan.

Hans atau nama sebenarnya, Gerald Hans Isaac turut mengambil keputusan untuk melupakan sahaja perkara yang terjadi pada malam Ahad lepas.

“Saya dan Zizan sudah berbincang dan dia minta maaf. Saya pun dah maafkan Zizan. Dah berbincang dengan dia.

“Sekarang ini kita pandang ke depan dengan kerja dan kehidupan. Terima kasih,” kata Hans memetik mStar Online.

Tambah Hans lagi, beliau berharap agar peminatnya dan Zizan dapat hormat menghormati antara satu sama lain serta tidak menggunakan sebarang kata yang kasar di laman sosial miliknya.

Dalam pada itu, Hans juga dilihat telah memuat naik satu video dalam akaun Instagram di mana memaparkan beliau membuat kenyataan bahawa telah memaafkan Zizan.

Jelasnya lagi menerusi video berkenaan, isu antara mereka berdua kini sudah selesai dan tiada lagi perkara yang perlu dibangkitkan.

“Saya rasa kita patut hormat satu sama lain. Ini ialah adat kita. Ada kata-kata agak kasar dalam Instagram saya.

“Kepada dua pihak, peminat saya dan Zizan, Hormati satu sama lain.  Jangan guna kata-kata kasar.

“Maaf satu sama lain. Antara kami sudah berbincang dan anda semua pun kena selesaikan,” katanya.

Sebelum ini, Hans ada meluahkan rasa kesal atas keterlanjuran kata-kata Zizan yang membuat jenaka agak keterlaluan sehingga menjejaskan imej dirinya.

Juga: Zizan Nafi Gurau Keterlaluan Di Malam FFM29

Di mana Zizan mengusik kononnya gelaran Datuk yang diperoleh pelakon berkenaan adalah dibeli. Selain Hans, pelakon Eizlan Yusof juga turut terkena ‘tempias’ gurauan tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: FFM29Hans IsaacZizan Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sarawak Berkuasa Teliti Pemohon Lesen Laut Dalam

Next Post

Ongkili Ke Mesyuarat Menteri Tenaga ASEAN Ke-35

Related Posts

Hans Isaac Bakal Calon PKR Parlimen Ampang?

18/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Penerbit dan pelakon, Datuk Hans Isaac menyerahkan kepada kepimpinan PKR dan masyarakat Ampang apabila namanya disebut-sebut akan...

Hans Isaac Enggan Tunduk, Takkan Meletak Jawatan

12/12/2019
0

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac tidak akan tunduk kepada gesaan enam persatuan artis yang mahu...

Next Post

Ongkili Ke Mesyuarat Menteri Tenaga ASEAN Ke-35

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd